Khamis, 2 Januari 2020

KARIM BUJANG CALON WARISAN PRK KIMANIS

Kekal ,Karim Bujang dipilih sebagai calon parti Warisan PRK Kimanis
Oleh :Qu Awin
MEMBAKUT:  Seperti  dijangka Ketua Bahagian parti Warisan bahagian Kimanis Datuk Karim Bujang dipilih sebagai calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pemilihan beliau diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena  dihadapan lebih dari  1000 orang pemimpin  dan penyokong di majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan PRK Kimanis di dewan terbuka Pekan Membakut petang tadi.


Mohd.Sahfie ketika mengumumkan nama calon Warisan pada majlis tersebut

"PRK Kimanis tidak akan berlaku kalau bukan kerana beliau, maka saya umumkan calon kita ialah Datuk Karim Bujang.

“Marilah kita semua bersatu memberi sokongan untuk memastikan kemenangan pada 18 Januari depan,” katanya ketika berucap di program itu.


Antara pemimpin tertinggi parti yang hadir di majlis tersebut.

Dengan keputusan itu, Karim yang juga bekas calon Warisan pada PRU ke 14 Parlimen Kimanis berpeluang menebus kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 apabila beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Anifah Aman.


Bagaimanapun kemenangan Anifah dibatalkan Mahkamah Khas Pilihan Raya kerana wujud manipulasi keputusan.

Berikutan pengumuman itu, Karim bakal berdepan dengan Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin yang diumumkan Rabu lepas sebagai calon parti itu bagaimana pun dijangka akan berlaku pertambahan calon dari parti lain termasuk calon calon Bebas sebelum proses penamaan calon pada Sabtu ini , 4 Januari ini di dewan Masyarakat Pa'Musa Beaufort.










0 ulasan:

Catat Ulasan