Jumaat, 10 Januari 2020

UNTUK BERJAYA PELAJAR PERLU MEMILIKI SEMANGAT JUANG YANG TINGGI: JAMAWI

Jamawi menyampaikan sijil kepada guru dan pelajar yang menyertai larian tersebut.

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya mereka perlu memiliki semangat juang yang tinggi,keyakinan diri serta tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa.

Beliau berkata, kejayaan dalam pelajaran memerlukan komitmen dan semangat juang yang tinggi kerana ia tidak dapat dicapai dengan mudah.

Katanya  setiap pelajar yang bercita cita untuk  melangkah ke menara gading pastinya akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sama ada daripada luar ataupun dalam diri sendiri.

“Anak-anak yang belajar  bermula dari sekolah rendah,menangah dan di universiti ,asas yang pertama perlu ada dalam jiwa dan pemikiran mereka  jangan merasa puas hati dengan pencapaian semasa.

“Kita yang datang dari kawasan luar bandar juga  haruslah membuktikan bahawa kita mampu, orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat untuk mencapai kecemerlangan" katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan Merentas Desa 12 tahun ke bawah  Peringkat Daerah Tenom di Dataran Kemabong kemarin.

Jamawi menerima sijil dan cendra kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut.

Jamawi berkata, cabaran yang diharungi di alam sekolah hingga ke universiti  memerlukan semangat jitu dan usaha yang berterusan pada setiap masa.

Dalam hubungan ini Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata kegiatan ko-kurikulum seperti kegiatan sukan merupakan wadah terbaik bagi membentuk sikap dan daya juang yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Katanya selain memastikan tahap kecergasan minda tahap kecergasan fizikal juga penting bagi seseorang pelajar mampu menghadapi cabaran khususnya dalam meningkatkan tahap kecermalangan mereka dalam akademik.

" Ibu bapa perlu turut memberikan galakan kepada anak-anak mereka menyertai sebarang kegiatan ko-kurikulum sekolah seperti sukan, selain melarikan rasa kebosanan mereka belajar kegiatan sukan boleh menjadikan mereka sehat dari segi fizikal dan minda" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan