![]() |
| Arifin bersalam dengan penduduk di kampung Kiulu Baru Membakut yang dilanda banjir kilat. |
MEMBAKUT: kesibukan jadual berkempen PRK Kimanis tidak menghalang Wakil Rakyat Kawasan Membakut yang sentiasa cakna masalah rakyat melawat beberapa buah kampung yang di landa banjir kilat di daerah itu.
Sebelum memulakan jadual ketatnya berkempen bersama jentera Bersatu ,Arifin meluang masa bagi meninjau beberapa buah kampung yang dilanda banjir antara Lumat Ulu,Kampung Brunei dan kampung Kiulu Baru.
" Saya harap keadaan cuaca akan bertambah baik sehingga masa pembuangan undi hujung minggu ini 18 Januari bagi memudahkan pergerakan pengundi ke pusat pengundian" katanya ketika ditemui selepas melakukan ziarah tersebut.
![]() |
| Arifin berbual mesra dengan guru guru di tabika Kemas Kampung Brunei yang sekolah mereka juga terlibat dengan banjir kilat. |
Menurut beliau hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu di Membakut menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa buah kampung terutamanya di kawasan rendah.
Tambah Arifin yang juga Ketua Penaja Bersatu bahagian Kimanis pihak jawatankuasa Bencana Alam daerah dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir di kawasan tersebut.
" Kita sudah bersiap sedia sekiranya banjir berlaku semasa proses pengundian , petugas kita terutamanya dari pihak Polis, Bomba.Angkatan Pertahanan Awam dan Rela akan mempastikan pergerakan penduduk terlibat ke pusat mengundi akan berjalan lancar" katanya .
Dalam pada itu Arifin turut mengingatkan penduduk agar menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat dan akan bergerak ke pusat pengundian lebih awal memandangkan keadaan cuaca yang diluar jangkaan .








0 ulasan:
Catat Ulasan