Sabtu, 18 Januari 2020

WARTAWAN CEDERA SEMASA MEMBUAT LIPUTAN PRK KIMANIS


Farah dipapah oleh rakan rakan menunju kenderaan untuk dihantar ke Hospital Papar

KIMANIS: ‘Wira tidak didendang’, itu gambaran tepat yang dapat menterjemahkan pengorbanan wartawan dalam melaksanakan tugasan seharian.

Semasa Hari Pengundian bagi P176 Parlimen Kimanis padi tadi, seorang wartawan terpaksa melupakan seketika tugasan membuat liputan berita apabila lututnya terseliuh ketika sedang sibuk mengejar calon untuk mendapatkan bahan berita.

Dalam kesibukan tugas, seorang wartawan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farah Lee terpaksa akur dengan keadaan dirinya yang mengalami kesakitan pada bahagian lutut.

Keadaan itu menyebabkan Farah terpaksa dikejarkan ke Hospital Papar menggunakan kenderaan RTM pada 10.25 pagi.

Ketika kejadian, kru RTM sedang menunggu kedatangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang untuk melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Belatik, Kimanis.

Bagaimanapun, ketika hendak menemuramah pengundi muda, Farah gagal untuk berdiri setelah tempurung lututnya terseliuh.

Dengan itu, kru RTM bersama kru BTtv membantu Farah menaiki kenderaan untuk dihantar ke hospital berhampiran

0 ulasan:

Catat Ulasan