Ahad, 12 Januari 2020

PERPADUAN ELEMEN PENTING.KEKALKAN KEHARMONIAM: JAMAWI

Harmoni..Jamawi bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke majlis tersebut .

KEMABONG  : Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia kerana tanpanya, kemerdekaan dan kedaulatan negara yang dipupuk sejak sekian lama boleh terjejas serta lenyap begitu sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,perpaduan yang kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara.


Berucap ketika sambutan Krismas  dan Tahun Baru peringkat DUN Kemabong di dataran terbuka Kemabong baru baru ini ,beliau berkata negara memerlukan kesatuan yang utuh di kalangan semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa.

Jamawi mengiringi Ajis memotong kek sebagai simbol sambutan.

Sambutan tersebut anjuran bersama bersama Pejabat ADUN Kemabong, Pejabat Parlimen Tenom dan Majlis Gereja Gereja Kemabong yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Ajis Jamman ,Ahli Parlimen Tenom Noorita  Sual serta lebih dari 4,000 orang pengunjung .


Jamawi ,Noorita  mengiringi Ajis melawat tapak cadangan pembinaan Balai Polis Kemabong selapas acara tersebut.

Jamawi yany juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan  berkata sebarang perasaan sangsi, curiga dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan serta persengketaan yang akhirnya merugikan semua pihak.

"Mari kita renungkan perjuangan nenek moyang yang bertungkus lumus mendapatkan keamanan dan kemerdekaan. Adakah kita sebagai pewaris akan membiarkan kemakmuran negara itu runtuh begitu sahaja disebabkan perbalahan dan sengketa antara kita," tanya Jamawi

Justeru, kata Jamawi pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik di negara ini


' Sabah adalah ikon perpaduan  kaum,walau terdiri dari pelbagai kaum dan agama namun keharmonian kaum terus terpelihara yang perlu kita pertahankan selamanya" tambah  Jamawi 

0 ulasan:

Catat Ulasan