Khamis, 16 Januari 2020

LAYANG LAYANG HILL PARK TARIKAN BAHARU PEMINAT SUKAN "HIKING_

Jamawi (tengah) bersama peserta mengambil gambar kenangan sebelum memulakan pendakian.

KEMABONG Bukit  Layang Layang yang dijenamakan semula sebagai "Layang-Layang Hill Park "berpotensi besar sebagai lokasi baharu aktiviti pendakian atau ‘hiking’ yang mampu mengamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara .


Jamawi bersama isteri turut menyertai pendakian tersebut.

Terletak 27 Km dari pekan Tenom iaitu diantara lebuh raya yang menghubungkan Kemabong ,Tenom ke Sipitang di kawasan DUN Kemabong ,Layang-Layang Hill Park menjanjikan satu pengalaman baharu yang menarik bagi pengemar aktiviti mendaki.



Pemandangan cantik waktu senja ketika berada di Puncak Layang-Layang Hill Park

Selain keindahan alam dan faunanya yang diseliputi hutan dara (Hutan Simpan Gunung Lumaku)  pelbagai spesis tumbuhan seperti periuk kera,orked ,pokok pokok yang berusia lebih 100 tahun ,Layang-Layang Hill Park juga merupakan kawasan berhawa sejuk sekitar 22 darjah Celsius sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan apabila berada dipuncaknya pengunjung dapat menikmati keindahan alam dan pemandangan yang mengkagumkan terutamanya ketika matahari mula terbit dan terbenam.



Dengan keadaan cuaca sejuk di puncak sesuai untuk aktiviti perkhemahan .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong  Jamawi Jaafar ketika merasmikan pelancaran pembukaan rasmi Layang Layang Hill Park baru baru ini berkata ,beliau  yakin kawasan tersebut akan berkembang maju sebagai satu lagi produk pelancongan berasaskan komuniti khususnya di kawasan Kemabong .



Antara spesis periuk kera yang terdapat di kawasan ini

" Sebagai wakil rakyat di kawasan ini adalah menjadi matlamat saya bagi menjadikan Kemabong sebagai pusat pelancongan berasaskan Komuniti dimana Layang-Layang Hill Park yang  diurus  oleh Koperasi Kumalut Berhad,bukan sahaja memberi peluang  kepada pekerjaan kepada  penduduk tempatan ,sekali gus  ia membuka peluang 
 baru sebagai sumber bagi penduduk setempat menjana ekonomi  melalui sektor ini" katanya.

Layang-Layang Hill Park juga menerima kunjungan pelancongan dari luar negara .pelajar UK Casey School turut melawat kawasan ini.

Menurut Jamawi selain menambah baik kemudahan asas di kawasan ini ,usaha untuk mempromosikan kawasan ini sama ada melalui media cetak media maya dan sebagainya perlu diperhebatkan agar masyarakat luar mengetahui lokasi dan keindahan kawasan ini terutamanya  pelancong dari dalam dan luar negara"



Pokok-pokok kayu berumur ratusan tahun boleh ditemui di kawasan ini.

Sebelum itu,Jamawi bersama kira-kira 100 orang pengemar sukan mendaki,memulakan pendakian sekitar pukul 08.00 pagi dimana penyertaan yang bukan sahaja datangnya dari daerah Tenom dan Kemabong   malah  peserta dari luar daerah.



Jamawi menerima cendera kenangan berupa Tshit dari penganjur selepas melancarkan pendakian ini.

“Kita percaya dengan sambutan sebegini, ianya suatu petanda yang baik untuk lokasi ini bakal mengamit kehadiran ramai peminat sukan lasak dan juga orang ramai datang beriadah bersama keluarga di sini.



Pakej yang disediakan untuk kegiatan pendakian di kawasan ini

Bagi pengemar aktiviti mendaki yang berkunjung di kawasan ini mereka boleh berhubung dengan Koperasi Kumalut Berhad ditalian 011-33979823 dimana pelabagai pakej disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke kawasan ini 


0 ulasan:

Catat Ulasan