![]() |
| Jamawi bersama isteri diiringi oleh Pengurus Marais Center memotong kek sebagai simbol perasmian sambutan setahun Marais Center. |
KEMABONG: Kejayaan Marais Center sebagai pusat pelancongan berasaskan komuniti yang diusahakan melalui Koperasi Marais Center menjadi ikon kepada kepada pusat pelancongan komuniti yang lain di daerah ini untuk bergerak maju ke hadapan .
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata kejayaan ini sudah tentu dapat dicapai dengan adanya permaufakatan komuniti setempat untuk sama-sama mencapai kejayaan dan menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.
“Saya memuji kesungguhan Koperasi Marais Center kerana meskipun baru setahun ditubuhkan, ia sangat proaktif dan merupakan pusat pelancongan luar bandar paling aktif di Sabah khususnya di Kemabong yang memainkan peranan bagi memastikan pembangunan potensi tarikan pelancongan di kawasan ini dilaksanakan secara berkesan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan setahun penubuhan pusat pelancongan tersebut baru baru ini.
![]() |
| Jamawi menerima cendra kenangan dari penganjur selepas merasmikan sambutan tersebut |
Menurut Jamawi adalah menjadi sasaran beliau untuk tahun 2020 sekurang kurangnya 10 buah pusat pelancongan berasaskan komuniti dapat diwujudkan di daerah itu dimana selain Marais Center,Rundum Haghilnds,Bukit Layang Layang dan Pusat Rekreasi Air kampung Kapulu kini sudah mula menerima kunjungan dari pelancong dalam dan luar negara.
“Kebanyakan pelancong luar negara suka keindahan alam semula jadi seperti hutan, sungai, laut, gunung dan bukit-bukau yang semuanya ada di Kemabong ” katanya.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan perubahan gas petugas Marais Center sejurus tiba dimajlis tersebut |
Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menyarankan agar pusat pusat pelancongan komuniti yang ada di daerah ini lebih kreatif mempelbagaikan aktiviti aktiviti riadah selain melastarikanya dengan pelbagai tarikan baharu seperti kraftangan ,persembahan kebudayaan tempatan,dan makanan makanan tempatan sebagai satu daya tarikan baru.
“Tahun ini kita telah melancarkan tahun Melawat Tenom dan kita menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 3,000 pelancong setiap minggu menjelang sekali gus menjadikan Tenom dan Kemabong destinasi pelancong antarabangsa,” katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan