Sabtu, 18 Januari 2020

DUA CALON PRK KIMANIS LAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB MASING-MASING

Karim(kiri ) membuang undi di PDM di Sk Kimanis ,Sementara Mohamad Alamin (Kanan) membuang undi di PDM Kebangsaan Our Lady, Kimanis

KIMANIS : Dua calon PRK Kimanis Datuk Karim Bujang Warisan dan Datuk Mohamad Alamin Barisan Nasional (BN) melaksanakan tanggungjawab mereka masing masing sebagai pemilih di Pusat Daerah Mengundi Masing Masing .

Bagi calon BN Mohamad Alamin beliau membuang undi Sekolah kebangsaan Our Lady, Kimanis seawal jam 8.30 pagi dan selepas itu  beliau terus bergerak melawat ke semua 19 PDM Kimanis 

Calon Parti Warisan  (WARISAN), Karim Bujang selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis, kira-kira 9 pagi.
Beliau antara 2,158 pengundi berdaftar di pusat mengundi berkenaan yang mempunyai lima saluran mengundi.

Karim berkata, beliau selepas menunaikan tanggungjawab mengundi beliau turut  melawat semua 19 daerah mengundi yang ada di Kimanis ini.

Sementara itu proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bermula jam 7.30 pagi ini berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini setakat ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung insiden atau laporan mengenai pelanggaran peraturan dan undang-undang pilihan raya oleh parti atau penyokong terlibat.

Beliau berkata, suasana pengundian juga berlangsung dengan aman.

Seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa layak mengundi pada PRK Kimanis.

Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran dibuka dari jam 7.30 ‪pagi hingga 5.00‬ petang bagi membolehkan pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih berdaftar.

0 ulasan:

Catat Ulasan