Isnin, 20 Januari 2020

LEBIH 600 PESERTA PEGAWAI SERTAI KEJOHANAN KARATE DI KEMABONG


Jamawi diiringi Herman menyampaikan sijil penyertaan kepada kontijen yang menyertai kejohanan tersebut.

KEMABONG  : Lebih dari 600  peserta dan pegawai dari seluruh Sabah berkumpul di Kemabong bagi menyertqi kejohanan Karate Kadet Junior dan U21 peringkat negeri selama tiga hari berlangsung di dewan masyarakat  Sri Ontoros dekat sini baru baru ini.

Jamawi diiringi Herman menyumpit belon sebagai simbol perasmian kejohanan tersebut.

Berucap merasmikan kejohanan tersebut Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, beliau dan masyarakat Kemabong 
amat mengalu-alukan kejohanan ini dianjurkan  di Kemabong  kerana ia dapat mempromosi daerah Kemabong  selain meningkatkan minat warga tempatan terhadap sukan Karate.

“Karate  adalah sukan yang  cukup digemari oleh anak muda selain ianya menjadi salah satu sukan yang dianjurkan dalam kejohanan sukan baik di peringkat negeri kebangsaan dan antarabangsa sukan ini juga mampu membentuk semangat  juang serta jati diri di kalangan belia  selain mempupuk semangat muhibah dan harmoni terutama dalam kalangan peserta kejohanan " katanya 

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut

Menurut Jamawi walaupun daerah kecil Kemabong masih kekurangan fasaliti kemudahan sukan namun ianya bukanlah halangan bagi Kemabong menerima penghormatan persatuan persatuan sukan di negeri ini untuk memilih daerah Kemabong sebagai tuan rumah.

" Saya amat menghargai penghormatan yang diberikan oleh Persatuan Kereta Sabah dan Kemabong memilih daerah ini sebagai tuan rumah dimana ini dapat memberikan suntikan semangat kepada anak anak muda di daerah ini untuk terlibat dengan kegiatan sukan khususnya sukan Karate" katanya. 

Peserta sedang beraksi dalam kejohanan tersebut.

Menurut beliau usaha ini bukan sahaja dapat memperkasakan sukan khususnya karate  sekali gus memberi peluang kepada pegawai dan peserta untuk melawat beberapa tempat menarik yang ada di daerah Kemabong .

" Kita mempunyai produk pelancongan berasaskan komuniti seperti di Rundum Haghilnds ,Marais Center ,Layang-Layang Hill Park dan lain lain yang menarik untuk dilawati di daerah ini" katanya 

Jamawi ,Herman dan pegawai pegawai kejohanan merakamkan gambar kenangan bersama peserta kejohanan.
 Hadir sama di majlis perasmian tersebut Timbalan Presiden Persatuan Karate Sabah Datuk Herman Tiongsoh ,ahli ahli majlis tertinggi Persatuan Karate Sabah dan pemimpin masyarakat tempatan .


0 ulasan:

Catat Ulasan