Sabtu, 4 Januari 2020

USIA BAHAGIAN TENOM ZIARAH KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PAMILAAN TENOM

Jamawi sambil diperhatikan Ketua Usia bahagian Tenom Piduman menyampaikan sumbangan Usia Tenom kepada waris mangsa bapa Allahyarhamah Khatijah Omar 

TENOM: Kejadian malang yang menimpa sebuah keluarga yang terlibat dalam kebakaran sebuah rumah di
Kampung Menara Pamilaan minggu lepas mendapat perhatian Usia bahagian Tenom.

Rombongan Usia bahagian Tenom yang diketuai oleh Ketua Belia Usia Sabah Jamawi Jaafar yang juga Timbalan Ketua Usia bahagian Tenom yang disertai bersama Ketua Usia Bahagian Tenom Padiuman Abd Majid,Ketua Wanita Hajah Aini Abdullah,Ketua Belia Imam Mohd Taslim Haji Tahir dan ahli jawatan bahagian ,Wanita dan Belia  turut menziarahi keluarga mangsa menyampaikan takziah disamping menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lepas seorang ibu dan tiga anaknya dan seorang anak buah rentung dalam kebakaran yang telah memusnahkan keseluruhan struktur rumah tersebut.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, mangsa yang rentung dikenali sebagai Khatijah Omar, 35 dan tiga anaknya iaitu Sapura, 3, Zahid, 6, dan Sakirin, 9.

Seorang lagi mangsa ditemui rentung dikenali sebagai Adira Suhaili, 12, iaitu anak saudara kepada Khatijah.

Sementara suami Khatijah, Sudirman Hajar melecur di kepala dan tangan.


Sedih dan bersimpati Jamawi bersama isteri merenung lokasi tempat kejadian

Jamawi yang juga Adun Kemabong ketika ditemui selepas program ziarah ini berkata ,Usia bahagian Tenom amat bersimpati dan turut berduka cita dengan kejadian malang ini.

"Hari ini kami dari Usia bahagian Tenom hadir bagi menyampaikan rasa simpati kami kepada ahli keluarga yang terlibat disamping menghulurkan sedikit sumbangan kepada ahli keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka" katanya ketika ditemui selepas ziarah tersebut pada petang Jumaat lepas

Dalam pada itu Jamawi turut mengingatkan agar penduduk di kawasan tersebut berhati hati dalam pengunaan benda benda yang boleh menyebabkan kebakaran seperti penggunaan dapur gas,dan sentiasa memantau sistem pendawaian elektrik di rumah.

" Kita perlu sentiasa mengawasi perkara perkara yang boleh menyebabkan kebakaran terutamanya sistem pendawaian di rumah ,jika ianya telah lama digunakan perlu ada pendawaian semula  dan mematuhi peraturan serta nasihat pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini" katanya





0 ulasan:

Catat Ulasan