![]() |
|
TENOM: Tugas guru bukan hanya mengajar, malah berperanan menanam semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, guru harus memperkukuhkan lagi peranan mereka terutama dalam memastikan anak bangsa sentiasa berterima kasih dan bersyukur kerana tinggal di negara ini.
Menurutnya Generasi muda khususnya golongan pelajar sekolah perlu diasak dengan semangat cintakan negara memandangkan mereka tidak pernah merasai jerih payah pejuang zaman dahulu memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Beliau berkata kebanyakan golongan muda termasuk pelajar sekolah hanya mendengar cerita atau membaca buku sejarah tentang perjuangan pemimin terdahulu dalam menunutut kemerdekaan negara dan hari ini mereka mampu menikmati kemajuan dan kemakmuran negara hasil dari perjuangan tersebut
" Kita bimbing dengan segala kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi masa kini golongan muda akan menjadi alpa dan lalai untuk terus memelihara keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati ketika ini" katanya ketika berucap merasmikan penutupan sambutan bulan Kemerekaaan SM St Anthony Tenom dekat sini kemarin.
![]() |
| Jamawi menerima cendra kenangan dari Pengetua SM St Anthony Tenom selepas menutup majlis tersebut |
Hadir sama Pengetua SM St Anthony Tenom Daud Rugak ,guru guru dan para pelajar sekolah Sm St Athony Tenom dimana turut diadakan perarakan dengan memakaian pakaian tradisional mengelilingi pekan Tenom sebelum berkumpul di dewan terbbuka SM St Athony Tenom
Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, sebagai generasi pelapis yang akan mengwarisi pentadbiran negara generasi muda mestilah dididik tentang pentingnya semangat cintakan tanah air, agar mereka tidak mudah leka dan alpa dengan kemajuan yang dinikmati dimana jika tidak dimbangi dengan jatidiri serta akhlak yang baik mereka juga terdedah dengan bentuk penjajahan baharu terutamanya gejala sosial yang boleh merosakan masa depan mereka.
“Dalam perkara ini, guru, guru berperanan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang bijaksana dalam pendidikan, tapi anak-anak yang sayang dan mempunyai semangat patriotik kepada negara. Keamanan yang ada sekarang perlu kita kekalkan sampai bila-bila dan tuga guru bukan sahaja mendidik secara luaran agar pelajar mencapai keputusan cemerlang tapi kita mahu pelajar berjaya dalam semua perkara kerana mereka akan menjadi pemimpin pelapis negara akan datang" katanya
![]() |
| Jamawi bersama guru guru meraikan sambutan tersebut dengan pakaian penuh warna warni |
Tambah Jamawi di peringkat sekolah mata pelajaran Sejarah sudah dinaikkan statusnya menjadi subjek wajib lulus oleh semua murid di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan cara ini murid-murid tidak boleh lepas tangan dalam soal-soal berkaitan sejarah disamping membentuk mereka menghargai makna sebuah kemerdekaan
Katanya, sejarah akan mendidik mereka menjadi orang yang cintakan tanah air, menghargai perjuangan pejuang kemerdekaan dan berusaha mengelak sejarah hitam negara berulang kembali.









0 ulasan:
Catat Ulasan