Khamis, 13 September 2018

PERTAHANKAN PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM : RAHMAN


Patriotik Limus dan Rahman bersama jemputan lain mengingatkan jalur gemilang semasa program tersebut

KUALA PENYU:  Rakyat di negara ini perlu mempertahankan perpaduan dan keharmonian antara kaum supaya pembangunan negara yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang ada hari ini bukan datang bergolek tetapi wujud hasil gandingan kerja keras antara kerajaan dan rakyat.

Menurut beliau, walaupun rakyat mempunyai perbezaan fahaman politik tetapi jangan membiarkan perpaduan dan kemakmuran itu hancur kerana ingin mempertahankan ideologi politik masing-masing.

Rahman berbual mesra bersama orang ramai yang hadir ke majlis tersebut

''Kita boleh berbeza pendapat dan memilih parti politik tetapi jangan sampai bergaduh sesama sendiri yang akhirnya merosakkan perpaduan serta mengancam kestabilan politik" katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan bulan Kemerdekaan peringkat Daerah Kuala Penyu di pentas terbuka Majlis Daerah Kuala Penyu kemarin.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kuala  Penyu Sebastian Ingkim

Menurut Abdul Rahman yang juga calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Beaufort , rakyat perlu mengelak daripada membangkitkan isu sensitif seperti agama dan perkauman kerana kedua-duanya mudah mencetuskan pergaduhan antara kaum.
Rahman mengiringi Limus menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta konvoi kemerdekaan

Beliau berharap rakyat tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi seperti telefon bimbit dan Internet untuk menyebarkan fitnah serta dakyah palsu bagi
membangkitkan perasaan kebencian antara kaum

" Akhir akhir ini timbul kecenderungan yang lebih aktif beberapa pihak yang kecewa dalam politik memuat naik beberapa isu terutamanya di media sosial yang memburuk burukkan kerajaan dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan niat menghasut rakyat agar menolak kerajaan yang dipilih oleh rakyat" katanya.

Sehubungan dengan itu Abdul Rahman mengajak rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan provokasi yang dimainkan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebaliknya terus bersama memperkukuhkan perpaduan menyokong usaha usaha kerajaan Pakatan Harapan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan