![]() |
| Jamawi ketika meninjau kerosakan jambatan gantung di kampung Manas Kemabong |
KEMABONG: Kerajaan akan tetap memberi perhatian dan keutamaan kepada sektor luar bandar terutamanya dalam penyediaan prasarana untuk kesejahteraan rakyat
Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,kerajaan mahu kawasan luar bandar dijadikan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu untuk rakyat dan tidak kekal pada tahap sedia ada seterusnya mengurangkan penghijrahan generasi muda dari kawasan luar bandar.
“Masyarakat luar bandar penting untuk negara, masyarakat luar bandar menjana hasil pengeluaran seperti pertanian, perikanan dan bahan diperlukan rakyat, sektor luar bandar ada potensi istimewa"katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke beberapa buah kampung antaranya kampung Skim Kuala Tomani,kampung Manas,kampung Enubai Dan Paal Sebrang dalam kawasan dewan undangan negeri Kemabong baru baru ini.
![]() |
| Mesra rakyat Jamawi dipeluk penduduk setempat ketika melakukan ziarah ke kampung Enubai |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan penduduk luar bandar memiliki keupayaan jana pendapatan terutamanya pengeluaran produk pertanian dan lain lain perkhidmatan yang boleh menjana pendapatan tinggi.
" Bagi membolehkan semua hasil ini dapat dikeluarkan dan dipasarkan sudah tentu keutamaan kita akan mempastikan prasarana asas seperti jalanraya,jambatan,air dan api dapat kita sediakan untuk kemudahan mereka " katanya,
Tambah Jamawi beliau sendiri akan sentiasa turun padang melihat keperluan ini untuk mengambil tindakan sewajarnya dimana keperluan asas utama yang diperlukan termasuklah bantuan yang boleh disediakan oleh kerajaan untuk golongan yang memerlukanya
" Selain pegawai pegawai ,saya sendiri akan sentiasa turun padang bagi mempastikan masalah rakyat diketahui dan apa saja bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan sampai ke kumpulan sasaran' katanya.
![]() |
| Juruteknik dari SEBAB melakukan lawatan untuk projek Lampu Jalan Kampung di kawasan DUN Kemabong |
Dalam perkembangan yang sama ,Jamawi juga memaklumkan pihak SESB telah pun meluluskan perlaksanaan Lampu Jalan kampung dimana kampung kampung Amboi,China Mata Bukit,Angan-Angan,Pantungan Sapong,Mansasoh,Sungai Api,Sumandalom,Sungai Paal Bambam Papuas dan Laman bakal menikmati kemudahan tersebut selewat lewatnya pengujung tahun ini
" Ketika ini pihak teknikal SESB sudah pun melakukan lawatan ke tapak tapak cadangan lampu jalan kampung bakal didirikan dan selepas ini kerja kerja pemasangan akan dimulakan" katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan