Selasa, 18 September 2018

CADANGAN NAIK TARAF BEBERAPA JALANRAYA DI DUN KEMABONG SUDAH DIKEMUKAKAN KE KKLW



O

Jamawi (kanan) ketika memberikan penjelasan kepada Rina sambil diperhatikan Azizan (kiri) semasa pertemuan tersebut

KOTA KINABALU: Cadangan naik taraf infrastruktur jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong seperti jalan raya kampung Ulu Tomani,Jalanraya kampung Rundum dan jalan raya perhubungan desa telahpun dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Liar Bandar dan Wilayah (KKLW)  untuk pertimbangan.

Mendedahkan perkara itu, Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata cadangan  tersebut disentuh semasa beliau melakukan kunjungan hormat kepada  Menteri (KKLW) Rina Harun  yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha KPLB bahagian Pembangunan Datuk Azizan Mohd Sidin di Kota Kinabalu baru baru ini.

Menurut Jamawi semasa pertemuan tersebut turut juga disentuh ialah isu bekalan elektrik untuk kampung Rundum /Samambu dan sekitarnya,naik taraf bekalan air bersih di kawasan Kemabong,naik taraf mini RTC Skim Kuala Tomani ,Tambahan Koata Program Bantuan Rumah (PBR) dan naik taraf sekolah Tabika Kemas di kawasan DUN Kemabong.

" Yb menteri ambil makluman segala permohonan yang dikemukakan dan kita berharap ianya akan mendapat pertimbangan kelulusan dari KKLW" katanya ketika ditemui selepas kunjungan tersebut baru baru ini

Tambah Jamawi sebagai wakil rakyat di kawasan ini beliau sedar lebih banyak keperluan  projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat di perlukan di kawasan Kemabong .

" Kita akan lakukan usaha yang terbaik untuk menangani segala keperluan pembangunan  di kawasan ini secara berperingkat peringkat dan saya yakin dengan adanya hubungan serta kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutuan akan memudahkan lagi proses pembangunan di bawa ke kawasan ini" tambah Jamawi

Dalam pada itu  Jamawi cukup optimis sekiranya kemudahan asas di kawasan Kemabong seperti sistem perhubungan jalanraya,bekalan air dan elektrik dapat dipertingkatkan ianya juga dapat meningkatkan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan Kemabong  sebagai kawasan pertanian dan juga berpotensi sebagai kawasan eko pelancongan baharu di negeri ini khususnya di kawasan Kemabong.

0 ulasan:

Catat Ulasan