Khamis, 13 September 2018

KESAN SEJARAH DAN KECANTIKAN ALAM SEMULA JADI BOLEH JADIKAN RUNDUM KAWASAM EKOPLANCUNGAN MENARIK


Tenang dan cantik pandangan dari puncak Bukit Rundum
 Laporan disediakan
 Oleh: Jaafar Abd.Wahid

KEMABONG  - Kampung Rundum , yang terletak di daerah kecil Kemabong Tenom , mempunyai
kesan  sejarah dan memiliki beberapa lokasi menarik untuk menjadi kawasan ekopelancongan

Terletak kira kira 70 kilometer dari Pekan Tenom boleh dihubungi melalui jalan darat kira kira satu jam 30 minit dari pekan Tenom dan empat puluh minit dari pekan kecil Kemabong ,Kampung Rundum merupakan perkampungan kecil penuh dengan keindahan panorama alam semula jadi berbukit bakau dengan keadaan cuacanya yang sejuk boleh mencecah ke 16 darjah Celcius.

Keadaan cuacanya yang sejuk membolehkan aktviti pertanian tanah tinggi boleh dimajukan di Rundum.Jamawi bersama rombongan melawat kawasan pertanian yang diusahakan oleh penduduk Rundum


Selain itu  tinggalan kesan sejarah Kubu yang dibina oleh Britisih dalam peristiwa pemberontakan Antanom  1915 masih jelas kelihatan,terletak di kampung Rundum Lama kira kira tiga jam perjalanan melalui jalan hutan tropika adalah antara daya tarikan bagi pengunjung ke kawasan ini.
Tinggalan sejarah.Kubu yang dibina oleh British dibina tahun 1915 masih kelihatan di Rundum Lama

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, walaupun kampung Rundum dilihat sedikit terpencil daripada arus pembangunan namun kampung ini berpotensi besar untuk dimajukan sebagai kawasan eko pelancongan di pedalaman Sabah khususnya di kawasan Kemabong
Pandangan waktu senja dari puncak bukit Rundum

Beliau berkata, pelaksanaan pembangunan di kawasan Rundum
bakal berjalan lancar apabila Pelan Perancangan Pembangunan di kampung ini akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat.
Jamawi bersama keluarga menikmati sarapan pagi di puncak Bukit Rundum dalam keadaan dingin dan berambun

" Keutamaan kita ialah menyediakan prasarana kemudahan asas yang lengkap seperti sistem perhubungan jalanraya yang perlu dinaik taraf,sistem bekalan air dan elektrik ke kawasan ini bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin berkunjung ke kawasan ini' katanya ketika ditemui selepas mengakhiri expedisi Rundum Rebellion 1915 dekat sini baru baru ini.
Laluan jalan berkuda dibina oleh Inggeris tahun 1905 masih dapat dilihat di Rundum Lama

Menurut Jamawi yang juga ketua rombongan expedisi tersebut apapun perancangan yang bakal dibuat oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan Rundum sebagai kawasan eko pelancongan anjakan paradigma bagi penduduk setempat perlu dilakukan agar mereka terlibat sama berkongsi kemajuan selain menambah pendapatan taraf siso ekonomi mereka seharian.

" Bersama jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan  kita akan rancang dan laksanakan beberapa program  yang bersifat pendidikan dan kemahiran dalam sektor pelancongan antaranya penyediaan inap desa,kraftangan budaya,makanan dan pertanian" tambah Jamawi.
Laluan mencabar bukit bukau dan berbatu menuju ke Kubu British  sesuai untuk aktiviti sukan lasak motorcross 

Jamawi menambah kampung Rundum dalam  keadaan cuacanya sejuk sehingga mencecah 16 darjah celcius juga boleh dimajukan dalam sektor pertanian tanah tinggi khususnya tanaman kobis,tomoto,asparagus dan lain lain.

"Apabila sektor ini dapat dimajukan dalam skala besar akan wujud lagi Kundasang kedua dimana Rundum bukan sahaja menjadi kawasan eko pelancongan yang baharu tapi menjadi kawasan pertanian tanah tinggi yang berdaya maju" jelas Jamawi.
Air terjun dan sungai yang terdapat di Rundum sesuai untuk kegiatan riadah dan memancing

Selain dari daya tarikan kesan sejarah ,alam fuana kampung Rundum juga mempunyai air terjun,sungai ,laluan jalan kuda yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1905,tapak perkhemahan dipuncak Rundum dan terak mencabar bagi peminat sukan motosikal lasak.

"Saya melihat potensi ini menarik tetapi memerlukan kerja yang kreatif dan imaginatif seperti bagaimana kita
mahu wujudkan suasana supaya pelancong datang melihat dan merasai semula gambaran  sejarah yang pernah wujud satu ketika dahulu selain alam flora dan faunanya” katanya.
Kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung Rundum

Menurut Jamawi lagi apapun perancangan kerajaan untuk memajukan Kampung Rundum sebagai kawasan eko pelancongan baharu ianya perlu terkawal tanpa menjejaskan keaslian alam semula jadi yang sedia ada dan yang paling utama penyertaan penduduk setempat untuk berkongsi kemajuan dan dapat meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.
Penduduk Rundum dengan pakaian tradisi suku kaum Murut menyambut ketibaan Jamawi

0 ulasan:

Catat Ulasan