![]() |
| Dr.Yusof melihat karya karya yang dihasilkan oleh pelajar semasa majlis tersebut |
PUTATAN : Pelajar-pelajar mesti memanfaatkansetiap peluang yang ada dengan sebaiknya dan mengindari sikap tunggu dan lihat,kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah,Datuk Dr Yusof Yacob.
Beliau berkata peluang yangt ersedia tidak harus diabaikan kerana ianya mempunyai masa yang terhad mengikut waktu-waktu tertentu.
“Pada hari ini anak-anak kita sudah ada peluang, tetapi kadang-kadang peluang itu tidak digunakan dengan sebaiknya. Peluang dan kesempatan yang ada itu disia-siakan. Peluang dan kesempatan ini ada yang waktunya terhad. Justeru, seharusnya ianya digunakan dengan sebaiknya,” katanya.
![]() |
| Dr.Yusof melakukan gimik perasmian program tersebut |
Bagimanapun katanya, peluang itu juga menuntut usaha dan kerja kuat agar dapat diterjemahkan untuk membina sebuah kejayaan.
“Peluang tanpa usaha juga tidak kemana-mana. Oleh itu usaha adalah sangat penting iaitu usaha individu itu sendiri. Saya kategorikan pelajar
menengah atas adalah orang yang sudah dewasa dan sudah boleh berfikir. Yang seharusnya sudah boleh memikirkan hal diri sendiri dan boleh membezakan yang baik dan buruk. Seharusnya pada tahap ini pelajar-pelajat sudah boleh memikirkan bahawa berusaha itu adalah penting untuk individu untuk diri kita.Yang seharusnya faham tanpa usaha, tanpa kerja kuat kita tidak boleh Berjaya. Oleh itu faktor usaha
yang datang daripada diri sendiri adalah yang sangat penting,” katanya,
![]() |
| Pelajar,pegawai dan tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan bersama Dr.Yusof (tengah) |
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Seni Visual
Pusat Tingkatan Enam Mod 2 (Pustem 2) di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, di sini.
Pada majlis itu Yusof menyaksikan karya seni visual bertemakan sukan yang telah dihasilkan 53 pelajar Pustem 2.
Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut berharap agar guru-guru dapat menjiwai tugas dan impian seorang guru dalam ertikata yang sebenarnya.
![]() |
| Antara karya pelajar yang dipemarkan sempena program tersebut |
Guru-guru sebagai orang yang memandu pelajar ini seharusnya juga mempunyai perasaan dalaman yang inginkan orang yang kita didik itu berjaya. Impian dan harapan guru adalah untuk melihat anak itu berjaya. Yang paling manis pada seorang orang ialah bila mana melihat anak-anak didiknya berjaya menjadi orang hebat,” katanya.










0 ulasan:
Catat Ulasan