Khamis, 6 September 2018

SEIMBANGKAN ANTARA AKADEMIK DAN PENDIDIKAN AGAMA


Tahniah Abdul Rahman diiringi oleh Zulkhairi ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut

BEAUFORT: Pelajar yang cemerlang bukan hanya mencapai kejayaan dalam aspek akademik dan ko-kurikulum malah turut mempunyai pengetahuan dalam pendidikan agama.

Pegawai Khas kepada Timbalan Pedana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata pelajar perlu berusaha menyeimbangkan antara aspek akademik dan pendidikan agama agar mampu berjalan seiring dan memberi manfaat kepada pelajar.

' Penting bagi ibubapa khususnya para pelajar mengimbangi antara pendidikan akademik dan agama sebagai persediaan mereka untuk menempuhi cabaran dunia masa kini' katanya ketika berucap merasmikan program Motivasi  Kecermalangan Akademik dan Sahsiah di Sekolah Menangani Agama Islam Negeri pekan Beaufort.

Program yang berlangsung selama empat hari itu anjuran Yayasan Sabah Zon Pedalaman Sabah dengan kerjasama SMAN dan PIBG itu disertai lebih dari 100 pelajar dan ibubapa dari daerah Beaufort.


PENYERTAAN Abdul Rahman  Zulkhairi (tengah) bersama pelajar dan ibubapa yang menyertai program tersebut

Menurut Abdul Rahman, sikap hanya mementingkan aspek akademik dan tidak kisah tentang pendidikan agama perlu diketepikan.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan membentuk minat anak-anak terhadap pendidikan agama.

Abdul Rahman menambah Ilmu duniawi semata tidak menjamin keutuhan diri insan tetapi penarapan ilmu agama yang kukuh sedari awal pasti menjamin kesinambungan sesebuah negarabangsa sehingga wujud Baldatun Toyyibon Wa Rabbun Ghaffur"

" Keunggulan dan kejayaan dalam melahirkan model insan cemerlang dari segi minda tidak akan bermakna jika kita gagal melahirkan modal  insan yang memiliki jatidiri serta akhlak yang mulia' jelas Rahman

Pelajar yang menyertai program tersebut

Terdahulu berucap di majlis itu  Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail berkata Yayasan Sabah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat di negeri ini bukan sahaja menumpukan program pembangunan modal insan melalui program pendidikan keusahawanan , kesihatan dan sosial tapi turut memainkan peranan kearah melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi minda dan akhlaknya.

" Jika kita ingin melihat generasi masa depan yang mampu bersaing dalam cabaran masa kini dua aspek ini minda dan akhlak perlu diberikan perhatian" katanya

Menurut beliau di zaman yang penuh mencabar ini, manusia (khususnya generasi muda) memerlukan proses pembaikan dan perubahan secara konsisten dan berterusan berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya yang mampu membawa  ke arah kecemerlangan bukan sahaja di dunia tapi di akhirat kelak

0 ulasan:

Catat Ulasan