Rabu, 12 September 2018

EXEPEDISI RUNDUM REBELLION 1915 DUA DALAM SATU



Indah..Puncak Bukit Rundum tempat peserta  Exepedisi berkhemah

KEMABONG:  Berbakalkan semangat kepahlawanan  Antenom atau nama sebenarnya Ontoros Buyusan  Kira-kira 30 kenderaan pacuan empat roda dan sebanyak  40 buah motorcross yang membawa 158 peserta yang terdiri daripada pelbagai  jabatan dan  agensi kerajaan badan Ngo dan  persatuan belia telah melakukan kembara ke kampung Rundum sebuah perkampungan di kawasan Pedalaman kira kira 70 kilometer dari pekan Tenom yang memakan masa perjalanan hampir dua jam dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Expedisi  dinamakan (Rundum Rebellion 1915) itu diketuai oleh Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berlangsung selama tiga hari  dua  malam dimana peserta bermalam secara berkhemah dan sebilanganya tidur di rumah tumpangan di kampung Rundum.
Jamawi bersama rombongan disembut oleh penduduk kampung Rundum

Menurut beliau expedisi dua dalam satu itu bertujuan untuk menyuntik semangat patriotik terutamanya di kalangan generasi muda terhadap negara dengan mengambil kira sejarah pahlawan Murut Antenom yang tercatat dalam sejarah sebagai pejuang menentang penjajah menerusi pemberontakan Rundum pada tahun 1915.

" Semangat ini yang ingin kita terapkan dimana peserta (golongan belia) dapat melihat sendiri kesan sejarah iaitu kubu yang dibina oleh British ketika pemberontakan itu berlaku" katanya ketika ditemui di hari terakhir expedisi di kampung Rundum baru baru ini.

Mencabar peserta Exepedisi dari Kelab Motorcross Tenom terpaksa melalui jalan mencabar menuju ke Kubu yang dibina British tahun 1915

 Jamawi berkata,expedisi yang disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan ini juga dimanfaatkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat luar bandar melalui perkhidmatan kesihatan mencabut gigi dan mengunting rambut yang turut dijayakan oleh pihak hospital dan club Lions Tenom,Keningau,Miri dan Kota Kinabalu.

Selain itu menurut Jamawi turut diadakan ialah program motivasi dan kecermalangan pelajar dibeberapa buah sekolah di kawasan itu

" Kita manafaatkan program ini menjadi dua dalam satu dimana selain menyuntik semangat patriotik dikalangan peserta ,sebagai wakil rakyat di kawasan ini,saya  juga mengambil peluang ini untuk beramah mesra,berdialog,mengenal pesti masalah rakyat selain menyampaikan dasar serta program kerajaan kepada rakyat melalui  pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai program ini" katanya
Kesan sejarah Kubu British yang dibina pada tahun 1915 di Rundum Lama

Selain rombongan Exepedisi ke kampung Rundum rombongan juga turut singgah di beberapa buah kampung berhampiran antaranya kampung Korolok,Katubu,Kapulu dan Samambu.

Sambil menyifatkan exepidisi ini berjaya Jamawi berkata ianya juga turut memacu idea baru untuk memajukan kawasan Rundum sebagai salah satu destinasi pelancongan dan kawasan pertanian yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan itu.

Sementara itu salah seorang peserta exepidisi yang  pertama sampai ke kawasan kubu yang dibina oleh British di Rundum Lama  dengan menaiki motorcross Md.Saiful Ikhmal Jamal berkata cabaran melalui jalan hutan yang berbukit bukau,jalan berlumpur dan berbatu batu  ke kawasan ini memang amat mencabar  kepada peserta yang menyertainya.

" Cabaran ini kami lalui dengan semangat kental tanpa berputus asah hanya untuk sampai dan melihat sendiri peninggalan sejarah kubu ini,akhirnya kami berjaya dan ini merupakan kejayaan dan pengalaman baharu bagi kami untuk  menghadapi cabaran kehidupan " katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan