![]() |
| Musa tiba di lapangan terbang Antarabangsa Terminal Dua Kota Kinabalu menaiki Pesawat Khas jenis Bombardier Global 5000 milik Tag Aviation |
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman akhirnya kembali ke Sabah tepat pukul 12.40 petang ini.
Beliau yang lengkap menggunakan sut hitam,berjambang bersongkok dan bertongkat disambut dengan sorakan lebih 1,000 penyokongnya sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Beliau kemudiannya dibawa menaiki Toyota Alphard berwarna hitam dan difahamkan terus ke kediamannya di Luyang, Likas.
![]() |
| Musa bertongkat disambut ahli keluarga terdekat |
Turut menyambut ketibaan beliau adalah pemimpin-pemimpin UMNO negeri.
Sebelum ini (kemarin) tular di WhatsApp grop meminta ahli ahli UMNO dari seluruh bahagian hadir ke lapangan Terbang Antara Bangsa Terminal 2 Kota Kinabalu menyembut kedatangan Musa.
Musa yang sebelum ini dirawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum 11 September ini, atau hilang kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.
![]() |
| penyokong Musa Mejoritinya ahli ahli Umno berkumpul menunggu ketibaan Musa DiKKIA Terminal Dua |
Musa yang berada di London sejak pertengahan Mei kerana mendapatkan rawatan kesihatan, kembali ke Malaysia pada 21 Ogos lalu sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
Sebelum ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali menegaskan tiada lanjutan masa selepas tarikh terakhir pada 11 September, iaitu 90 hari dari persidangan DUN pertama untuk Musa mengangkat sumpah.
Difahamkan petang tadi Musa telahpun hadir ke Pejabat Dewan Undangan Negeri bagi mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri .









0 ulasan:
Catat Ulasan