![]() |
| Tiada perundingan antara UMNO dan PKR ..Bung |
Terlalu awal untuk bekerjasama dengan PKR, kata Bung Mokhtar
KOTA KIANABALU : Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Sri Bung Moktar
Radin menafikan mengetahui apa-apa tentang rancangan dalam
kalangan ahli Umno untuk bekerjasama dengan presiden PKR
dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bung berkata beliau tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh bekas menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau menyebut tentang rancangan Ahli Parlimen Umno berhubung isu itu.
Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas,dilaporkan berkata beliau akan berkempen bagi memastikan kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang bakal diadakan dan menyebut tentang persamaan fikiran dalam kalangan Ahli Parlimen Umno bahawa mereka perlu
perlu menunjukkan sikap baik terhadap PKR.
Menurut laporan media, Nazri menolak kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa parti itu akan menentang Anwar habis-habisan.
Beliau percaya katanya, pendirian Mohamad itu bukanlah keputusan Umno dan Mohamad, yang bukan Ahli Parlimen dan tidak mengtahui apa yang dirancang oleh Ahli Parlimen
Bung Mokhtar, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, tidak ada perundingan dengan PKR dan menambah bahawa satu-satunya rancangan yang diketahuinya ialah usaha mencari jalan untuk memperkuatkan Umno.
" Sebagai ketua Umno bahagian, Nazri tidak boleh berkempen untuk parti lain " katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat badan Perhubungan UMNO Sabah di sini kelmarin sebagai mengulas soal kerjasama yang dibangkitkan oleh Nazri di media baru baru ini .
![]() |
| Bung (tiga dari kanan semasa menghadiri mesyuarat tersebut |
Bagaimanapun menurut Bung , Umno bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk PKR dan Anwar, yang disifatkannya sebagai “pemimpin hebat”.
“Saya kenal rapat Anwar dan negara beruntung jika beliau menjadi Perdana Menteri. Jika beliau bersedia bekerja dengan kita, kita juga bersedia bekerjasama dengannya. Akan tetapi buat masa ini tidak ada rancangan ke arah itu.” jelas Bung
Menurut Bung lagi dalam soal inisemua ahli perlu
mematuhi keputusan dibuat kepimpinan parti.
“Semua orang ada pendapat,dan ia mungkin tidak sama dengan pendirian
parti.” tambah Bung
Tambah beliau dalam parti UMNO mereka yakin kepada kepimpinan tertinggi yang diketuai oleh Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan yang memahami haluan terbaik untuk parti.
PRK Port Dickson, yang keempat selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, akan diadakan berikutan peletakan jawatan penyandang kerusi itu Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang berkata beliau mahu memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat
CAPTION
A. BUNG MOKTAR Nafikan








0 ulasan:
Catat Ulasan