Khamis, 20 September 2018

Pelbagaikan Aktiviti Masjid: Abdul Rahman


Abdul Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta sempena majlis tersebut

MENUMBUK - Pihak pengurusan masjid diseru agar mempelbagaikan aktiviti daripada sekadar tempat beribadah ke arah memperkasa serta memperluaskan fungsi institusi masjid kepada masyarakat.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata, secara amnya masjid merupakan tempat beribadah, namun ia boleh dikembangkan untuk menjadi pusat pembangunan ilmu, khidmat masyarakat serta tempat menjalankan aktiviti sosial penduduk setempat.

"Kita mahu mengembalikan era kegemilangan di mana masjid merupakan institusi yang bukan sahaja menjadi tempat beribadah malah menjadi pusat ke arah menyatu padukan masyarakat melalui fungsi dan peranannya.

"Ini kerana melalui perederan masa, kewujudan balai raya, pusat khidmat serta pembangunan kemudahan lain menyebabkan masyarakat hanya dapat melihat fungsi masjid terjurus ke arah soal amal ibadat semata-mata,'' katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan program  Larian dan Kayuhan Santai sihat sempena Hari Malaysia anjuran jawatankuasa Masjid Nur Ehsan Menumbok dekat sini baru baru ini.
Abdul Rahman mengibarkan jalur gemilang melepaskan para peserta yang menyertai larian tersebut

Hadir sama Pengerusi Masjid Nur Ehsan Menumbok Ahmad Zinin,Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdullah dan ahli jawatankuasa masjid Nur Ehsan Menumbok.

Menurut Abdul Rahman yang juga calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Beaufort ,di zaman Nabi Muhammad SAW Masjid juga dijadikan pusat komuniti kemasyarakatan dan persembahan kebudayaan.

" Apa pun program yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa masjid ianya perlu menjurus kepada usaha mengimarahkan masjid dan setiap program yang diadakan perlu berlandaskan ajaran Islam" tegas Rahman
Abdul Rahman menyertai peserta dalam acara larian tersebut


Sambil memuji usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa masjid Nur Ehsan Menumbok yang menganjurkan program tersebut Rahman berharap program seumpama itu  akan terus diadakan pada masa akan datang.
Acara memanah antara yang dipertandingkan semasa program tersebut

" Program seperti ini juga dapat menarik minat umat Islam khususnya golongan muda untuk mendekati masjid sekali gus dapat mengajak golongan ini dalam kegiatan sihat dan riadah dan dapat menangani penglibatan mereka dalam kegiatan kegiatan negitif " katanya.










0 ulasan:

Catat Ulasan