![]() |
| Jamawi(tengah) bersama lebih dari 500 orang ahli keluarga Aki Lisub dan Aru Antahai yang hadir ke perjumpaan tersebut. |
KEMABONG: Program hari keluarga dilihat mampu mengeratkan silaturahim selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, program seumpama itu turut memupuk semangat cintakan keamanan serta menggalakkan aktiviti sihat di kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat.
“ Kesibukan mengurus kehidupan masing-masing membataskan waktu bagi ahli keluarga dapat berkumpul bersama "
“Sehubungan itu, program hari keluarga ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli keluarga, rakan dan anggota masyarakat mengeratkan silaturahim serta ukhwah sesama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Keluarga Aki Lisub dan Aru Antahai yang berasal dari kampung Rundum Lama di kampung Tanah Maria Kemabong baru baru ini.
![]() |
| Jamawi bersama ketua ketua keluarga Aki Lisub dan Aru Antahai memotong kek sebagai simbol perasmian majlis tersebut |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan program seperti itu merupakan platform meningkatkan komunikasi antara ahli dalam sesebuah keluarga.
" Usaha usaha untuk menghimpunkan keluarga dalam acara hari keluarga seperti ini perlu diteruskan bukan sahaja mengekalkan silatulrahim dikalangan keluarga namun dapat membantu usaha kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan untuk kepentingan rakyat" katanya
Sehubungan dengan itu Jamawi mengajak rakyat agar terus bersatu padu menyokong usaha usaha yang dilakukan oleh kerajaan agar kemakmuran negara terus dapat dikecapi.








0 ulasan:
Catat Ulasan