Sabtu, 25 April 2020

200 ORANG KELUARGA KURANG KEMAMPUAN MENERIMA SUMBANGAN DARI SYARIKAT SR EVENTS SDN BHD

Pengarah Urusan SR Events Sdn Bhd Haji Sahrom(kanan) ketika menyantuni sebuah keluarga yang mempunyai anak OKU .

MENUMBOK: Seramai 200 orang golongan kurang upaya terdiri warga emas,balu anak yatim menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai dari SR Events Sdn Berhad.


Penagarah Urusanya Haji Shahron Abd.Ghaffar berkata program penyampaian sumbangan kali ini dilaksanakan dengan kolabarasi bersama YADIM Sabah yang turut menyumbang lima puluh kampit beras.

" Pada kebiasaanya setiap tahun menjelang bulan Ramadhan  SR Events Sdn Bhd tidak melupakan golongan ini dan secara kebetulan Ramadhan kali ini kita berhadapan dengan musibah wabak Covid-19 yang kesannya lebih dirasai oleh golongan ini" katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan sumbangan tersebut di Menumbok kemarin.

Hadir sama pengarah Yadim Sabah Haji Samin Ongki dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah.


Haji Sharom (dua dari kanan) bersama Haji Fazlee (Kanan) bersama Haji Samin (tiga dari kanan) menjaminkan doa sebelum sumbangan diserahkan kepada penerima 

Menurut Haji Sharom
Penyampaian sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial syarikat  kepada masyarakat yang benar benar memerlukanya.

" Saya lahir dan dibesarkan disini saya mengenali latar belakang kehidupan mereka ada yang berkerja sebagai nelayan,peniaga kecil kecilan dan lain lain yang sudah tentu sepanjang PKP ini dilaksanakan pendapatan seharian mereka terjejas ,justeru dengan sedikit sumbangan ini diharapkan dapat meringankan bebanan mereka" katanya.



0 ulasan:

Catat Ulasan