Sabtu, 11 April 2020

EMPAT PELAJAR ILP TERKANDAS SEMASA PKP DAPAT PERHATIAN BELIA USIA


Jaafar (dua kanan) menyampaikan kit bantuan makanan ringan kepada salah seorang pelajar terbabit.
KOTA KINABALU: Kisah empat orang  pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar yang terkandas dan  tidak dapat pulang  ke kampung halaman masing-masing kerana Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) mendapat perhatian dari Badan Belia Usia Sabah.

Ketua Penerangan Belia Usia yang mewakili Ketua Belia Jamawi Jaafar sempat ziarah pelajar terbabit yang kini tinggal di asrama (ILP) Sepanggar.

Sepanjang tempoh PKP ini kebajikan mereka termasuk tempat tinggal makan dan minum dijaga oleh pihak pengurusan ILP Sepanggar.

Menurut Jaafar beliau dimaklumkan perkara ini apabila anak beliau yang juga pelajar tahun akhir di ILP memberi tahu ada rakan rakannya yang terkandas di Asrama  ILP tidak dapat pulang sebelum PKP mula dikuatkuasakan .

"Hari ini saya menziarahi pelajar yang terlibat sekadar bertanyakan khabar memberikan mereka semangat disamping menyampaikan sedikit sumbangan Kit bakul makanan ringan sumbangan Ketua Belia Usia Sabah Jamawi Jaafar dan Zakat Bank Rakyat " katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut kemarin.

Empat orang pelajar ini Mohd Alshariff Azmil berasal dari Tawau ,Tan Zia Zing (Mukah) Yassar Yahya (Lawas)  dan Desmond Thomas (Bintulu)

Menurut Jaafar dengan ziarah tersebut diharap dapat memberikan mereka semangat untuk bertahan yang terpaksa berjauhan dari masyarakat luar khususnya keluarga mereka masing-masing.

Sehubungan dengan itu Jaafar berharap  ibubapa kepada keluarga  pelajar yang terlibat agar tidak risau dengan keselamatan dan kebajikan anak-anak mereka semasa berada di sini kerana pihak pengurusan ILP sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan pelajar yang berkenaan.

Sementara itu salah seorang Pelajar terlibat Mohd.Alshariff Azmil berasal dari Tawau pelajar tahun akhir dalam jurusan seni bina ketika ditemui berkata mereka tidak berpeluang balik kerana PKP telah dikuatkuasakan selain kekangan kewangan untuk perbelanjaan balik terutamanya pelajar yang berasal dari Sarawak.

" Atas nasihat pihak pengurusan dan keluarga kami bertahan di sini demi keselamatan dan kami berterima kasih kepada pihak pengurusan ILP yang menjaga kebajikan kami termasuk Belia Usia Sabah yang cakna dengan kami dengan bantuan ini " jelas beliau .

Menurut beliau jika keadaan mengizinkan dan PKP tidak lagi dikuatkuasakan mereka juga bercadang untuk balik ke kampung halaman masing masing sebelum bulan syawal tiba nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan