Ahad, 19 April 2020

COVID-19 PENGUSAHA BOT LAJU MENUMBOK-LABUAN MENDAPAT PERHATIAN KERAJAAN NEGERI

Kerajaan bantu Penguasa Bot Laju Menumbok-Labuan

KOTA KINABALU: Nasib 376 pengusaha dan pekerja  Bot Laju Menumbok Labuan yang terjejas dengan  fenomena pandemik Covid-19 dan perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  terbela apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan "One Off'kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata perkara ini beliau sentuh dan kemukakan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal  dalam persidangan dewan Undangan Negeri (DUN ) kemarin 

" Khabar gembira kepada penguasa Bot Laju antara Menumbuk Labuan yang sejak PKP dikuatkan kuasa mereka tidak  dapat beroperasi kerana mematuhi larangan tersebut dan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Sahfie bersetuju untuk meluluskan peruntukan bantuan "One Off"  untuk meringankan beban mereka" katanya ketika ditemui di persidangan DUN di sini kemarin.

Sehubungan dengan itu Limus yang juga Ketua UPKO Bahagian Beaufort meminta pengerusi penguasa Bot Laju Menumbok mengemukakan senarai nama mereka yang terjejas untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Ditanya berapa jumlah bantuan yang bakal diterima Limus berkata ianya terserah kepada budi bicara Ketua Menteri yang begitu cakna dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuk penguasa bot laju Menumbok-Labuan  ketika berhadapan dengan wabak  covid-19 ini.

Sementara itu Pengerusi Pengusaha Bot Laju Menumbok Mohamad Said ketika dihubungi turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Shafie  yang dan Wakil Rakyat Kuala Penyu Limus yang  begitu prihatin dengan masalah yang mereka hadapi 

" Dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka penguasa termasuk pekerja yang terputus pendapatan seharian sebaik sahaja wabak Covid-19 dan PKP dikuatkuasakan  dimana bot laju merupakan sumber pendapatan utama mereka seharian untuk menyara kehidupan keluarga " katanya .

0 ulasan:

Catat Ulasan