Jumaat, 3 April 2020

SEPARUH DARI SASARAN DI DUN KLIAS TELAH MENERIMA BANTUAN MAKANAN:JOHAIR

Johair turun padang untuk mengaigih-agihkan sendiri bantuan kepada penduduk di kawasan Klias 

BEAUFORT: Lebih dari separuh Ketua Isi Rumah (KIR)   di kawasan Dewan undangan negeri Kilas telah menerima sumbangan bakul makanan  masing-masing bagi meringankan beban yang  mereka hadapi ketika negara berhadapan dengan musibah Virus Covid-19.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Klias Datuk Hajah Johair Matlani berkata setakat kemarin sebanyak 3919 KIR dari 5824  telah menerima sumbangan tersebut.

" Berlaku sedikit kelewatan kerana bekalan keperluan seperti beras dan lain lain berkurangan di daerah Beaufort selain daripada tenaga kerja yang terhad kerana mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan " katanya ketika ditemui di sini kemarin.


Sukarelawan DUN Kilas bertungkus Lumus menaikkan bantuan ke dalam kenderaan untuk diagih-agihkan kepada penerima 

Menurut Johair yang juga Ketua Bahagian Warisan Beaufort hanya tinggal beberapa buah kampung termasuk kawasan perumahan yang belum menerima bantuan dan dalam tempoh terdekat ini bantuan akan disampaikan dan berharap mereka bersabar.

" Pihak UPPM Klias giat menguruskan bantuan ini agar tiada pihak yang tercicir menerimanya tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik" jelas Johair.

Sukarelawan menghantar rumah ke rumah bantuan kepada penduduk di kawasan DUN Kilas 

Ketika diminta mengulas isu yang hangat diviralkan oleh natizen di media sosial tentang agihan yang tidak berbaloi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 untuk satu keluarga, Johair berkata pengarah UPPM pusat telah menjelaskan isu tersebut di mana ianya hanya merupakan garis panduan dan agihan  tidak tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan atas faktor kesesuaian setempat .

" Kita kena faham peruntukan hanya RM100,000.00 untuk satu kawasan berbanding keperluan dimana  di dun Klias saja kita ada sekitar 6,000 orang yang terkesan dengan musibah ini wajar diberikan bantuan, justeru kita cuba selaraskan dan mencari sumber tambahan untuk melengkapkan bantuan yang sedia ada " katanya.

Sehubungan dengan itu Johiar yang   mengagar juga Ahli Majlis Tertinggi Warisan mengingatkan  rakyat agar tidak terpengaruh dengan provokasi yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,sebaliknya bersyukur dengan bantuan yang ada selain mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan tentang PKP agar rantaian virus Covid-19 dapat ditangani bagi membolehkan  rakyat hidup seperti sedia kala melaksanakan aktiviti seharian.



0 ulasan:

Catat Ulasan