![]() |
| Jamawi (dua dari kanan) bersama beberapa orang suka relawan menyusun beras untuk dibawa ke pulau Labuan |
LABUAN: Selepas menyerahkan lebih dari 7,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) penerima bantuan bakul makanan di kawasan dewan undangan Negeri Kemabong dan sekitar 1,000 orang (KIR) warga Kemabong yang bertugas di Kota Kinabalu dan sekitarnya Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar meneruskan misi bantuan tersebut ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau berkata terdapat penduduk dari Kemabong yang bertugas di Pulau Bebas cukai itu yang menghubungi beliau untuk memohon bantuan ekoran dari kesan virus Covid -19 yang melanda dunia ketika ini.
" Lebih kurang sekitar 171 bantuan bakul makanan telah kita agihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berasal dari Kemabong yang berkerja di Wilayah Persekutuan Labuan dan berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka semasa tempoh PKP ini" jelas Jamawi ketika di hubungi kemarin.
![]() |
| PPM Kemabong Burnley Balang(tiga dari kanan) bersama kakitangan UPPM Kemabong menaiki feri ke Labuan bagi menghantar bantuan makanan |
Misi bantuan itu diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kemabong Burnley Balang bersama beberapa orang kakitangan UPPM Kemabong yang datang sendiri ke Labuan.
Sementara itu Burnley berkata oleh kerana mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, bantuan tersebut akan diselaraskan bersama Jabatan Kebajikan masyarakat Labuan.
" Proses agihan ini akan diselaraskan oleh JKM Labuan yang dibantu oleh beberapa orang tenaga sukarelawan kami disini untuk disampaikan kepada penerima " katanya.
![]() |
| PPM Kemabong Burnley Balang (Kiri) berbincang dengan kakitangan JKM Labuan untuk penyelarasan agihan bantuan bakul makanan |
Dalam pada itu Burnley berkata berkemungkinan juga ada warga Kemabong yang berada di Labuan tercicir dari senarai penerima mereka boleh menghubungi beliau untuk diselaraskan kemudian .
Burnley turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pihak Majlis Keselamatan negara dan JKM Labuan yang membantu sepenuhnya untuk penyelarasan bantuan tersebut .
Turut menyampaikan sumbangan Menteri Pembangunan Insfrastruktur yang juga Adun Melalap Datuk Pater Anthony kepada penduduk dari kawasan DUN Melalap yang bertugas di Labuan dimana sebanyak 103 bantuan bakul makanan diagihkan kepada mereka yang disampaikan oleh PPM Melalap Nossil Basayu dan kakitangan UPPM Melalap .









0 ulasan:
Catat Ulasan