![]() |
| Seruji (enam dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima |
Selain golongan terjejas, bantuan turut dihulurkan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus mencurah masa dan tenaga bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, yang boleh membawa maut.
Masjid Jamek kampung Likas menerusi tanggungjawab sosialnya
tidak terkecuali menghulurkan sumbangan kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada golongan Asnaf, Fakir Miskin dan mereka yang kurang berkemampuan
Pengerusinya Datuk
Dato Seruji Hj. Nawawi berkata dengan sedikit sumbangan ini sedikit sebanyak membantu
meringankan bebanan mereka terutamanya golongan asnaf yang tidak mempunyai pendapatan tetap .
" Kita faham golongan ini adalah golongan yang amat terkesan dengan penularan virus Covid-19 apalagi dengan perlanjutan tempoh PKP,justeru atas tanggungjawab sosial pihak pengurusan masjid Jamek kampung Likas mengambil inisiatif ini tampil menghulurkan sumbangan" katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan sumbangan tersebut di sini kemarin.
![]() |
| Seruji (dua dari kanan ) bersama ahli jawatankuasa masjid Jamek kampung Likas |
Hadir sama Pengerusi Syukbah Muslimah Masjid Jamek Kampung Likas Hajah Zaitun Dsp Hj. Mohd Kassim Ketua Kampung Likas Lama Haji Awal Tahan dan Imam Masjid Jamek kampung Likas Hj Wahid Bin Yunus.
Dalam perkembangan lain Seruji berkata masjid Jamek kampung Likas masih menangguhkan aktiviti solat berjemaah dan solat jumaat selaras dengan PKP dan keputusan Majlis Fatwa Negeri Sabah .
Katanya langkah itu dibuat setelah mengambil kira asas syarak dan maqasid syariah demi keselamatan dan kebaikan umat Islam.
Berhubung solat Tarawih dalam tempoh PKP, Seruji menjelaskan orang Islam dianjurkan mendirikan sembahyang Tarawih di rumah masing-masing.
" Jika ada perubahan selari dengan arahan MKN samada dibolehkan solat berjemaah atau sembahyang Tarawih kita akan memaklumkan kemudian" jelas Seruji.








0 ulasan:
Catat Ulasan