![]() |
| Ahli jawatankuasa Gerakan Dapur Syurga Komuniti As-Salam daerah Beaufort Humul Hasfinah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf di daerah Beaufort |
BEAUFORT: Walaupun baru ditubuhkan Gerakan Dapur Syurga Komuniti As-Salam dengan kerjasama Ahli Khidmat Adam Sabah terpanggil turun padang bagi membantu masyarakat terutamanya golongan asnaf yang terkesan dengan virus Covid-19.
Pengerusi Komuniti As-Salam daerah semporna Habib Mohd Faizal Habib Yussoff berkata padanya mula badan tersebut hanya bergerak di daerah Semporna bagaimana pun adanya pernyataan serta keperluan ianya telah digerakan keberapa buah daerah antara Kudat,Kota Kinabalu dan Beaufort .
" Kita sedar kerajaan telah menyediakan bantuan bagaimanapun ianya masih kurang mencukupi dan ada golongan sasar terlepas pandang terutamanya yang tinggal diluar bandar justeru sumbangan ini sebagai usaha membantu golongan yang terlepas pandang ini" katanya .
![]() |
| Seorang Asnaf di daerahSemporna menerima sumbangan |
Menurut Habib Mohd Faizal setakat ini sebanyak 800 orang keluarga di daerah Semporna ,Kudat Kota Kinabalu dan Beaufort telah menerima sumbangan tersebut berupa keperluan asas makanan seperti beras,tepung gula kopi,minyak telur dan makanan ringan.
![]() |
| Golongan kurang upaya di daerah Kudat turut menerima sumbangan |
Ditanya sumber kewangan badan tersebut untuk membeli keperluan makanan yang disumbangkan Habib Mohd Faizal berkata ianya merupakan sumbangan dari orang ramai dan badan itu hanya menyelaraskan dan menyampaikan sumbangan tersebut kepada golongan sasaran yang dikenal pasti .
" Kami mengharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan. Di samping itu, kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang tunai bagi digunakan membeli makanan asas ini" tambah Habib Mohd Faizal.









0 ulasan:
Catat Ulasan