Khamis, 9 April 2020

JKMM SUMBANG 1000 BUNGKUSAN MAKANAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK DI PARLIMEN KIMANIS


Mohamad(dua dari kanan) meneliti barang barang yang bakal diagihkan kepada penerima yang layak .

MEMBAKUT: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyumbangkan sebanyak 1000 bungkusan makanan untuk diagih-agihkan kepada golongan yang berpendapatan rendah di kawasan Parlimen Kimanis 

Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Haji Alamin berkata dari jumlah tersebut kawasan Dewan Undangan Negeri Membakut dan Bongawan masing masing akan menerima sebanyak 500 bungkusan untuk diagih-agihkan kepada penerima .

'Dari segi agihan ianya akan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Papar dan Pejabat Daerah Kecil Membakut  yang akan mengenal pasti penerima yang benar- benar layak menerima bantuan ini" katanya ketika di temui selepas meninjau keperluan barang-barang yang bakal diagih-agihkan kepada penerima di pejabat daerah kecil Membakut kemarin.

Menurut Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis ,Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah dan Pejabat Daerah mempunyai makanisme mereka sendiri dalam proses pengagihan antaranya penerima yang berdaftar dengan e-Kasih.

" Oleh kerana bantuan ini amat terhad hanya mereka yang benar benar layak sahaja yang akan menerima bantuan ini" katanya.

Dalam pada itu Menurut Mohamad sebelum ini pejabat Perhubungan Parlimen dan UMNO bahagian Kimanis telah pun menyerahkan bantuan keperluan makanan bagi penduduk di kawasan Parlimen Kimanis yang terjejas dengan Virus Covid-19 .

Dalam pada itu Mohamad turut merakamkan penghargaan dan terima  kasih kepada  Jabatan Kebajikan Masyarakat  Malaysia atas bantuan tersebut.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan kakitangan hospital ,pihak polis,tentera ,Rela APM dan jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani virus Covid-19 dan berharap orang ramai memberikan sokongan dan kerjasama dengan mematuhi larangan Pergerakan Kawalan Perjalanan  sentiasa berada di rumah bagi memutuskan rangkaian virus Covid-19 .


0 ulasan:

Catat Ulasan