![]() |
| Bung Moktar Radin Ketua UMNO Sabah |
KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar) menyeru kepimpinan dan semua ahli UMNO Sabah agar bersatu dalam apa juga bentuk tindakan dan gerak kerja bagi menangi wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.
Katanya kesepakatan dalam menambah keupayaan amat diperlukan ketika ini dalam usaha mencari jalan penyelasaian dan bantuan yang lebih baik, teratur dan seterusnya memberi manfaat dan impak yang menyeluruh demi kepentingan rakyat di negeri Sabah.
"Tidak pernah dalam sejarah dunia, kita berhadapan dengan musibah dan fenomena yang lebih mengancam kelangsungan hidup dan survival kita,wabak Covid-19 ini tidak mengenal sempadan dan Bangsa agama dan fahaman, idealogi ianya perlu ditangani bersama " katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau negara-negara besar di dunia yang begitu gagah seperti U.S.A, negara-negara di Eropah dan Cina pun dapat ditundukkan oleh wabak ini dan terpaksa menerima hakikat wabak ini telah memusnahkan jentera kehidupan seharian
"Dugaan yang luar biasa ini mesti kita harungi dengan pendekatan yang luar biasa juga menuntut pengorbanan yang luar biasa. Inilah masanya untuk kita mempamerkan kesatuan dalam kepimpinan tanpa mengira fahaman politik bergerak dalam satu haluan dengan, fokus dan tujuan yang sama" katanya.
Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan kesungguhan dan tindakan sebagai pemimpin tidak kira dari parti apa yang diwakili akan memberi keyakinan kepada semua lapisan masyarakat yang ketika ini sedang mencari jawapan dan arah tuju, yang jelas, dalam keadaan yang kritikal dan tidak menentu ini.
" Justeru itu UMNO Sabah mestilah mengambarkan kesanggupan dan memperlihatkan sikap keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama dengan semua parti-parti politik samaada kerajaan atau sebaliknya, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi memastikan usaha-usaha dan bantuan-bantuan dapat diselaraskan, menepati objektif bersama untuk menjaga kepentingan rakyat di negeri ini dan bantuan yang disalurkan tidak seharunya dilihat sebagai suatu persiangan diantara pemimpin dan parti politik " katanya
Tambah Bung penglibatan semua pihak juga akan dapat mengurangkan duplikasi yang berleluasa dan yang lebih penting lagi mengurangkan tekanan perlumbaan untuk mendapatkan “political mileage” untuk kepentingan kepentingan tertentu, yang kadangkala mengaibkan keikhlasan penderma bantuan dan mengundang pelbagai presepsi kepada rakyat.
Bung melahirkan keyakinan sekiranya kesepakatan dalam menangani wabak Covid-19 ini dapat dilaksanakan secara berpasukan dengan mengenapikan segala sak wasangka dan fahaman politik ianya akan membuka ruang dan lembaran baru di masa akan datang di mana pemimpin-pemimpin negeri boleh bekerjasama, bersatu dan mengambil pendirian tidak berbelah bahagi (non partisan) apabila berhadapan dengan isu-isu yang berhubungkait dengan masa depan dan kepentingan umum rakyat dan negeri Sabah.
" Kita selalu disajikan dengan ungkapan rela berkorban apa saja demi kepentingan rakyat yang seharusnya diterjemahkan dalam bentuk tindakan bukan sekadar dibibir sahaja " katanya.







0 ulasan:
Catat Ulasan