Jumaat, 17 April 2020

PKOB TENOM/KEMABONG PERKENALKAN PERATURAN JIKA KEHADIRAN PENDUDUK KELUAR KE PEKAN SUKAR DIBENDUNG

Jamawi menerima sumbangan kerajaan negeri berupa penutup hidung dan Sanitizer Yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

KOTA KINABALU: Bagi mengakang penularan wabak virus Covid-19 ke kawasan Tenom  dan Kemabong yang kini masih diiktiraf sebagai kawasan hijau bebas dari  virus  Pusat Covid-19  pihak Kawalan Operasi Bencana (PKOB)  Daerah Tenom/Kemabong 
mengambil beberapa langkah drastik untuk menanganinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata antara langkah yang diambil oleh PKOB ialah menghadkan jumlah penduduk kampung  keluar ke pekan  Tenom untuk 10 orang sahaja  sehari  dari sebuah kampung 

Katanya pihak (PKOB) masih diperingkat memperhalusi peraturan ini sekiranya kadar kunjungan penduduk kampung ke kawasan Pekan tidak dapat dikawal ianya bakal dilaksanakan bagi mengakang penularan virus Covid-19 dari melanda daerah ini.

" Keputusan ini mungkin pada tanggapan setengah pihak menyukarkan namun ini adalah langkah demi  kebaikan semua pihak  dari jangkitan Virus Covid-19 yang kita sendiri tidak ketahui dari mana puncanya ' katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan dari kerajaan negeri berupa penutup hidung dan Sanitizer untuk semua adun di dewan undangan negeri kemarin .

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal di luar ligar DUN Sabah selepas perasmian persidangan DUN Sabah.

Bagaimana pun menurut Jamawi peraturan tersebut tidak akan dilakukan sekiranya penduduk kampung dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi peraturan PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan  dan kadar kehadiran mereka untuk berurusan di pekan terkawal.

" Sekiranya peraturan ini terpaksa dilaksanakan pihak POKB mempunyai makanismenya dengan mengeluarkan surat atau borang khas yang disediakan dan  diselaraskan oleh Majlis Komuniti kampung ,Ketua Adat atau bagi kampung kampung yang tidak mempunyai MPKK atau KK ianya  akan diselaraskan oleh seorang biro yang ditentukan oleh pejabat UPPM untuk mendapatkan kebenaran keluar ke pekan .

'Setiap KIR hanya dibenarkan dua kali sahaja mendapatkan Borang Keluar ke Pekan dalam masa Seminggu untuk tujuan membeli barang keperluan asas, ini pun jika keadaan mendesak" katanya 

Menurut Jamawi ada juga yang mempersoalkan kenapa hanya 10 orang dibenarkan sehari dari sebuah kampung untuk keluar ke pekan, dalam hal ini beliau menjelaskan usaha ini sebagai usaha untuk memutuskan rangkaian virus penyakit covid-19.

'Bayangkan jika tidak terkawal dan orang ramai berkumpul dalam skala besar di kedai kedai di kawasan Pekan di mesin mesin ATM dan lain lain tempat jika salah seorang dari mereka  pembawa virus  ianya akan menjangkit kepada orang lain.

" Justeru jika ada keperluan langkah ini ambil demi keselamatan keluarga dan anak cucu kita di rumah dimana kita perlu faham mencegah itu lebih baik dari mengubati' tambah Jamawi.

Sehubungan dengan itu beliau meminta kerjasama dari penduduk kampung    khususnya kawasan Kemabong  agar mematuhi peraturan PKP demi  keselamatan dan kesihatan semua pihak disamping membantu usaha kerajaan serta petugas di barisan hadapan untuk menangani virus covid-19 dari merebak khususnya di daerah Tenom dan Kemabong .

" Kita masih bersyukur setakat ini belum ada kes dilaporkan di Tenom atau Kemabong  sedangkan jiran kita daerah Keningau dan Sipitang sudah ada wabak ini justeru kita perlu berkerjasama agar  Tenom dan Kembong terus bebas dari virus Covid-19" jelas Jamawi.












0 ulasan:

Catat Ulasan