Jumaat, 10 April 2020

COVID-19: YADIM Sabah agih kit makanan kepada golongan Asnaf


Samin (depan) bersama anggota JPJ membawa kit bantuan makanan kepada salah seorang asnaf di Kinarut 

KINARUT : Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) cawangan Sabah turut mengagih-agihkan kit bantuan makanan kepada golongan asnaf di sekitar Dewan Undangan Negeri Kawang yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19

Pengarahnya Haji Samin Haji Ongki berkata kali ini  YADIM berkolaborasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyampaikan kit bantuan makanan kepada 20 orang golongan asnaf yang  terjejas termasuk terputus bekalan makanan disebabkan tiada sumber pendapatan tetap.

“Kita telah menyampaikan kit barang makanan membabitkan beras, tepung, biskut, gula, sardin dan telur diagihkan kepada fakir miskin, asnaf, ibu tunggal dan anak yatim piatu" katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan tersebut di Kinarut pagi kemarin .

Samin kanan ketika menyantuni sebuah keluarga dan menyampaikan bantuan pada program tersebut

Mengulas kolabarasi Yadim bersama JPJ dalam program tersebut Samin berkata sebelum ini masyarakat hanya mengenali jabatan tersebut sebagai jabatan penguatkuasa dalam melaksanakan undang undang khususnya di jalan raya namun dalam masa yang sama  menurut beliau, JPJ termasuk jabatan serta agensi kerajaan yang lain mempunyai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat

" Kita amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan pusat dan negeri yang cakna kepada kehidupan rakyat dalam mendepani musibah ini melalui pelbagai bantuan dan dengan penyertaan jabatan agensi kerajaan serta badan badan NGO di negeri ini dalam membantu rakyat ianya lebih banyak membawa manfaat untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan Virus Covid-19 ini" katanya. 

Sehubungan dengan itu Samin berharap lebih ramai badan badan NGO dan sektor koprat di negeri ini turun padang menghulurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas dengan musibah ini.

" Bagi Yadim Sabah ini kali kedua kita turun padang menyampaikan bantuan sebelum ini kita telah menyerahkan bantuan kepada pasukan barisan hadapan seperti polis tentera dan RTM" katanya 

0 ulasan:

Catat Ulasan