![]() |
| Jamawi bersalaman dengan perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. |
TENOM - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di seluruh bahagian di negeri ini disaran agar menubuhkan koperasi bagi menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan.
Ketua Badan Belia (USIA) Jamawi Jaafar berkata (USIA) bukan sahaja berfungsi sebagai pertubuhan yang menggerakkan kegiatan dakwah sebagai keutamaan tetapi perlu memainkan peranan sebagai pusat kegiatan bermanfaat yang boleh membawa kebaikan kepada umat Islam khususnya ahli ahli (USIA) setempat termasuklah dalam bidang perniagaan
"Penubuhan koperasi disetiap bahagian membolehkan penglibatan pertubuhan tersebut dalam bidang perniagaan yang sesuai diusahakan dan ini sudah tentu turut menjana ekonomi pertubuhan dan setiap ahli yang terlibat" katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung (USIA ) bahagian Tenom di bilik kuliah Masjid AR Rahman Tenom kemarin .
![]() |
| Jamawi (tiga dari kanan ) menyaksikan Ketua Wanita Usia Bahagian Tenom menyampaikan cenderamata kepada ahli jawatankuasa Usia Bahagian Tenom |
Hadir sama Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Haji Abdul Majid,Naib Ketua Bahagian Ajmal Haji Jumah,Ketua Wanita Hajah Aimie Abdullah dan Ketua Belia USIA Bahagian Tenom Imam Mohd Taslim Haji Tahir.
Jamawi yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kemabong berkata melalui penubuhan koperasi tersebut ianya mampu menyemai semangat membudayakan koperasi sebagai cara hidup mereka serta mengwujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan ahli.
“Tujuan utama koperasi disetiap bahagian USIA di negeri ini diwujudkan adalah untuk menjadikan USIA bukan sahaja terlibat secara langsung dalam program dakwah tetapi juga sebagai pertubuhan yany boleh merancang dan melaksanakan kegiatan ekonomi secara kolektif kepada masyarakat Islam khususnya ahli ahli USIA setempat selain manfaatnya pertubuhan memperolehi sumber kewangan untuk menggerakkan aktiviti dakwahnya ” katanya
![]() |
| Jamawi ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tersebut. |
Jamawi menambah antara kegiatan yang sesuai dijalankan melalui koperasi USIA seperti kedai runcit pengurusan jenazah, pembayaran bil utiliti, kelas tuisyen dan pusat pendidikan agama.
Dalam perkembangan lain Jamawi juga meminta agar USIA di seluruh bahagian berusaha menambah keahlian dan cawangan bagi memantapkan lagi peranan USIA sebagai NGO Islam di negeri ini.
" Masih ramai umat Islam belum menyertai USIA justeru usaha menambah cawangan dan keahlian perlu diperhebatkan melalui kempen-kempen menambah ahli serta cawangan di seluruh bahagian" jelas Jamawi .









0 ulasan:
Catat Ulasan