Khamis, 5 September 2019

KETUA MENTERI SABAH PUNYAI JADUAL KETAT DALAM LAWATAN KERJA SEHARI KE KEMABONG SABTU INI


Ketua Menteri Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal punya jadual ketat dalam program Ilau Rakyat di Kemabong Sabtu  ini.

KEMABONG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Mohd.Shafie Apdal mempunyai jadual yang ketat sempana lawatan kerja sehari beliau ke daerah kecil Kemabong Sabtu  ini (7 September 2019)

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar Berkata ,Shafie akan bersama rakyat dalam program Ilau Rakyat di Dataran Kemabong bermula jam 7.00 pagi.

Menurut Jamawi  majlis akan dimulakan dengan program Ketua Menteri beramah mesra bersama rakyat di dataran Kemabong  bermula jam 10.00 pagi dan selepas itu akan melakukan majlis pecah tanah bagi projek Pembinaan Rumah Kedai LPPB   41 Unit dan Kiosk Awam 12 Unit di tempat yang sama.

Imbas kembali Jamawi ketika menyerahkan jemputan rasmi kepada Ketua Menteri Sabah di DUN Sabah baru baru ini. 


Gambaran rekabentuk rumah kedai  LPPB yang majlis pecah tanahnya disempurnakan oleh Ketua Menteri.

"Perlaksanaan projek ini akan merubah landskap pembangunan daerah kecil Kemabong dan apabila ianya siap sepenuhnya akan mampu  meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat khususnya di daerah ini" katanya ketika ditemui di sini kemarin.

12 Unit Kiosk Awam bakal dilaksanakan di daerah kecil Kemabong.

Tambah Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan ,Shafie yang juga Menteri Kewangan akan turut beramah mesra bersama secara santai  bersama ahli ahli dan peminat sukan lasak Motorcross MX/Enduro yang datang daripada seluruh pelusuk Sabah di Litar Motorcross MX Kemabong

" Sempana program Ilau Rakyat ini ,pertandingan motorcross yang disertai oleh peserta tempatan dan luar negeri juga akan diadakan di litar MX Kemabong sudah mula terkenal di kalangan peminat sukan lasak motorcross tanah air" katanya

Selain itu pelbagai acara sukan dilaksanakan seperti tarik tali, Bola Tampar Wanita, Futsal, Sukan Rakyat dan Rakit Berhias termasuk  acara  Ratu Ilau 2019 juga diadakan pada sebelah petangnya di Dewan Terbuka Dataran Kemabong.

Menurut  Jamawi lagi pada sebelah malam bertempat di Dataran Kemabong  para peserta Kemabong Idol juga akan menghiburkan orang ramai yang hadir  ke majlis ini.

Sehubungan dengan itu Jamawi turut menjemput warga Kemabong dan sekitarnya hadir menyembut ketibaan Ketua Menteri bersama rombongan selain berhibur dan menyaksikan pelbagai persembahan dan pertandingan yang diadakan sempana program ini.






0 ulasan:

Catat Ulasan