![]() |
| Johair menyaksikan para peserta yang menyertai pertandingan memasak sempana program tersebut. |
BEAUFORT: Semangat cintakan Negara perlu di semai dari peringkat awal supaya generasi muda tahu erti kemerdekaan dan akan bersama-sama untuk menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara .
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Hajah Johair Matlani berkata,tanggungjawab untuk menjaga kedaulatan Negara yang tercinta ini adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia.
![]() |
| Johair turut menyampaikan hadiah kepada para peserta yang memenangi pertandingan yang diadakan sempana program tersebut. |
Katanya tugas tersebut bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan terutamanya pihak keselamatan namun pemimpin akar umbi dan rakyat keseluruhanya tanpa mengira agama dan kaum perlu bersama mempertahankannya .
" Sejarah perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan dan mengisi keperluanya bukanya mudah ,pemimpin terdahulu berusaha sebaik mungkin sehingga kita mencapai kemerdekaan kemajuan dan kemakmuran sebagaimana yang kita kecapi hari ini" katanya ketika berucap merasmikan program Rumah Merdeka anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kota Klias bersama UPPM Klias di padang Sk Kota Klias pada pagi Ahad.
Menurut Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti Warisan bagi melestarikan kemerdekaan ini agar bermakna dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini mereka wajar bersatu padu hormat menghormati agar keharmonian terus terpelihara .
" Bila rakyat bersatu padu hidup dalam keadaan yang harmoni mudah bagi kerajaan dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat" tambah Johiar .
Mengulas program tersebut Johair berkata ianya sangat sesuai untuk memupuk semangat patriotik d alam kalangan rakyat khususnya golongan muda supaya mereka mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin lalu dan seterusnya menghayati erti kemerdekaan sebenar .
Pelbagai acara diadakan sempena program tersebut antaranya pertandingan mewarna,pertandingan tarik tali dan pertandingan memasak.








0 ulasan:
Catat Ulasan