![]() |
| Ng diiringi Ruddy melakukan sepak mula sebagai gimik perasmian kejohanan tersebut. |
PITAS: Generasi muda perlu bersyukur dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Pitas Datuk Ng Loi Tect berkata, kemerdekaan ini memerlukan semangat patriotisme yang tinggi untuk dikekalkan.
"Kita ( generasi muda) warisi tugas ini daripada mereka pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk memperolehinya sehingga kita berada dan menikmati apa yang ada pada hari ini yang wajar kita hargai dan pertahankanya demi kelangsungan untuk generasi akan datang " katanya ketika berucap merasmikan kejohanan bola sepak sembilan sebelah lelaki dan Wanita sempana sambutan Hari Merdeka di padang pekan Pitas .
![]() |
| Ng menerima cendera kenangan dari Ruddy selepas merasmikan kejohanan tersebut. |
Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Datuk Dr.Ruddy Awah bersama
Pimpinan PKR N 3 Pitas
Menurut Ng semangat perpaduan perlu datang secara sukarela menerusi kesedaran setiap individu bahawa nasib mereka akan terpelihara secara bersama
Selain itu, Ng menambah kerukunan rakyat akan diperoleh apabila menjiwai Rukun Negara dengan mengamalkan permuafakatan, kesederhanaan, semangat toleransi dan keadilan sosial.
"Bukan mudah bagi manusia berbeza latar belakang, agama dan budaya untuk bekerjasama seperti yang kita lakukan di negara ini justeru keharmonian dan perpaduan yang ada harus kita pertahankan " katanya
Dalam pada itu Ng turut menggalakkan interaksi antara kaum dengan memperbanyakkan program kemasyarakatan termasuk kegiatan sukan
Menurutnya, kegiatan sukan seperti kejohanan tersebut merupakan salah satu wadah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim serta semangat kerja berpasukan selain
menggalakan golongan belia terlibat dalam aktiviti sehat
" Kegiatan sukan di negara kita turut memainkan peranan penting








0 ulasan:
Catat Ulasan