![]() |
| Jamawi menurunkan tandatangan pada plug yang disediakan sebagai simbol perasmian pusat tersebut. |
KEMABONG : Produk kraf tangan tradisional tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa sekiranya mempunyai landasan pemasaran dan penghasilan material bersesuaian dengan cita rasa semasa.
Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata bagi mencapai hasrat tersebut penghasilan produk seni dan kraf tangan tempatan perlu lebih unik, kreatif dan mengekalkan keaslian, tetapi kontemporari sejajar dengan aliran semasa.
![]() |
| Jamawi bersama isteri tertarik dengan produk kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung semasa perasmian pusat tersebut. |
Menurut beliau , jika dibanding dengan pengguna tempatan, pelancong dari luar negara lebih suka dan menghargai produk seni kraf tangan tradisional dan berkaitan warisan budaya.
"Sebagai wakil rakyat di kawasan ini hasrat saya adalah meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya penduduk di kawasan ini untuk menceburi bidang kraftangan dengan kualiti dan kreativiti kraf tangan tradisional sebagai sumber untuk menjana pendapatan" katanya ketika berucap merasmikan Gerai Jualan Kraftangan Murut di kampung Katubu dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi bersama isteri memerhatikan penduduk kampung menganyam hasil kraftangan semasa majlis tersebut. |
Gerai ini di bina hasil kerja gotong royong semua penduduk kampung sebagai pusat pembuatan dan penjualan hasil hasil kraftangan yang diusahakan oleh penduduk kampung.
![]() |
| Jamawi menerima cendra kenangan dari wakil penduduk kampung selepas merasmikan pusat tersebut |
Memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk Kampung Katubu ,Jamawi berkata penduduk di kampung tersebut menyahut cabaran beliau bagi membangunkan Kemabong dalam dua sektor iaitu pelancongan dan pertanian dengan melonjakkan pemikiran mereka ke hadapan bagi merebut peluang untuk menjana ekonomi seharian dengan menjadikan kraftangan sebagai sumber yang berpotensi dimajukan khususnya di kawasan tersebut.
" Saya optimis apabila sistem perhubungan jalanraya ke Rundum highlands siap kelak lebih ramai pelancong akan melawat ke kawasan ini dan kampung ini akan menjadi tumpuan dan persinggahan pelawat khususnya pelancong luar untuk membeli hasil hasil kraftangan yang ada di pusat ini" jelas Jamawi.
Dalam pada itu Jamawi berharap pusat itu bukan sahaja menjadi pusat jualan kraftangan namun boleh dijadikan platform
memelihara seni dan kraf tangan, sekali gus memberi bimbingan dari sudut pemasaran, pameran dan publisiti bagi membawa produk tempatan ke pasaran global.
"Sebagai pemimpin di kawasan ini saya ingin mengubah nasib dan persepsi masyarakat mengenai industri kraf tangan tradisional yang dipandang sepi yang sebenarnya boleh memberikan pulangan hasil kepada penduduk kampung jika diusahakan secara serius " tambah Jamawi
Tambah Jamawi produk seni dan kraf tangan tempatan mempunyai nilai dan keunikan tersendiri, sekiranya ia dikemas kini mengikut permintaan aliran semasa.










0 ulasan:
Catat Ulasan