Rabu, 25 September 2019

AUTONOMI UMNO SABAH BUKAN RETORIK:BUNG


Bung diiringi Timbalanya Datuk Yakub Khan dan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raimee Unggi menyambut ketibaan Zahid ke majlis tersebut 

KOTA KINABALU, Kuasa autonomi UMNO Sabah bukan sekadar retorik tapi bakal direalisasikan selepas Perhimpunan Agung UMNO bulan November depan.

Pengerusi UMNO Sabah berkata sebelas perkara telah dirumuskan dalam memenuhi tuntutan tersebut pada Konvensyen UMNO Sabah baru baru ini.

" Perwakilan ke Konvensyen tersebut telah membahaskan dan memuktamadkan perkara perkara yang perlu dilaksanakan dalam autonomi tersebut yang akan dibawa ke perhimpunan agung UMNO November depan untuk diluluskan" katanya ketika ditemui selepas mengulung dan menutup konvensyen tersebut di dewan  utama pejabat  UMNO Sabah baru baru ini.

Zahid bersama Bung dan para perwakilan dan pemimpin UMNO yang hadir ke Konvensyen tersebut.

Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri lebih dari 1000 orang perwakilan dan pemerhati.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO antara resolusi yang dimasukkan dalam antonumi tersebut ialah perlantikan Ketua Menteri Sabah akan diputuskan oleh UMNO Sabah , begitu juga dalam soal pemilihan calon pilihanraya UMNO Sabah akan memutuskanya yang bergantung kepada kehendak rakyat bukanya kehendak parti.

Zahid ,Bung dan Pemimpin UMNO yang lain semasa sidang media selepas majlis perasmian akonvensyen tersebut

Begitu juga tawaran baharu mengenai peruntukan kewangan terus kepada kepada negeri Sabah bagi program pembangunan, bukan seperti amalan sekarang pusat hanya menyalurkan projek-projek yang diputuskan dari Putrajaya.

" Banyak lagi kuasa autonomi bakal dinikmati oleh rakyat Sabah sekiranya UMNO diberikan peluang untuk mentadbir negara yang menyediakan pulangan positif kepada rakyat di negeri ini" katanya.

Mengulas lanjut  mengenai kuasa autonomi bagi UMNO Sabah, jelasnya kepimpinan pusat komited memberikan sepenuhnya kepada negeri menentukan hala tujunya sendiri.

“Autonomi negeri Sabah ini akan memberikan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti yang akan dikenali UMNO Sabah.

Terdahulu ketika berucap menggulung perbahasan konvensyen tersebut Bung yang juga  Ketua UMNO bahagian Kinabatangan berkata untuk meneruskan survival UMNO perlu ada transformasi bersepadu dan komitmen gerak kerja yang tinggi.

Tegasnya, UMNO Sabah perlu ada ‘blue print’ yang benar-benar mempunyai hala tuju bagi mencapai kemenangan di dalam pilihan raya.

“Kita perlu ada hala tuju yang betul-betul beri keyakinan kepada rakyat Sabah. Kita perlu ada strategi bukan lagi seperti pilihan raya yang lalu dan kena terangkan strategi baru bersesuaian dengan kehendak pengundi dan rakyat" Katanya 

Menurut beliau untuk  mencapai kemenangan selain semangat para pendukung, parti memerlukan pakej yang lengkap.

“Semangat yang tinggi dan kesatuan kita yang ramai tidak memadai. Untuk menang kita memerlukan satu pakej yang kuat, penuh kepastian, yang boleh menentukan kita akan menang.

“Kita kena tawan hati dan kehendak rakyat. Kena tahu apa yang rakyat mahu dan tawarkan sesuatu yang baik kepada rakyat,” katanya.




0 ulasan:

Catat Ulasan