![]() |
| Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal akan ketuai lawatan ke Kilamantan |
KOTA KINABALU: Lawatan kerja Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke Kalimantan pada 30 Sept ini penting bagi melihat kerjasama yang boleh dijalin dengan Indonesia berikutan pengumuman mengenai pemindahan pusat pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Arifin Asgali berkata ia merupakan persediaan kepada pengumuman oleh Presiden Indonesia Joko Widodo bahawa pemindahan pusat pentadbiran Indonesia mampu memberi manfaat kepada negeri ini.
“Kita boleh bekerjasama dengan mereka (Indonesia) tetapi kita perlu mengenal pasti apa yang diperlukan untuk kita bekerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bermukun Seborneo di sini, hari ini.
Sebagai contoh Ariffin menarik perhatian kepada sektor perladangan kelapa sawit di negeri ini yang sumber tenaga pekerjanya bergantung dari Indonesia khususnya dari Kalimantan.
Ariffin berkata dalam lawatan itu, 60 anggota rombongan akan melawat ke Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara.
— BERNAMA







0 ulasan:
Catat Ulasan