Rabu, 4 September 2019

Pusat Rekreasi Air di kampung Kapulu satu lagi destinasi Eko-Pelancongan di Kemabong


Jamawi menunjukkan isyarat terbaik diatas pantang yang disediakan di pusat Rekreasi tersebut

KEMABONG: Berita  baik untuk warga kota yang ingin membawa keluarga beriadah atau berjalan-jalan menghirup udara segar terutamanya dihari cuti ,satu lagi Pusat Rekreasi berkonsepkan Eko pelancongan di daerah Kecil Kemabong sedia untuk menerima kunjungan.

Pusat Rekreasi  Air di Kampung  Kapulu Kemabong yang baru baru ini dirasmikan pembukaannya oleh Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar.

Jamawi menerima cendra kenangan dari pengerusi pusat Rekreasi selepas merasmikan majlis tersebut

Pusat  rekreasi sungai  Kapulu yang terletak ditengah tengah perjalanan antara pekan Kemabong menuju ke Rundum Highlands  itu  mempunyai keluasan  lebih kurang 3 ekar  memiliki persekitaran yang menarik dengan alam
flora dan fauna dusun buah buahan  selain kejernihan sungainya untuk aktiviti mandi manda aktiviti perkhemahan dan BBQ

Jamawi dan isteri bersama komuniti kampung Kapulu.

Menurut Jamawi beliau yakin kawasan tersebut akan menjadi tarikan baharu dalam sektor pelancongan di Kemabong selain beberapa tempat yang sudah mula mendapat perhatian dan kunjungan pelancong luar antaranya di Rundum Highlands,Merais Centra ,Taman Pertanian Lagud Sebarang dan Gelari Pusat Jualan Kraftangan Murut di kampung Katubu yang baharu saja dibuka.

" Pembukaan pusat rekreasi  Air di kampung Kapulu selaras dengan matlamat saya menjadikan daerah kecil Kemabong sebagai kawasan yang boleh dimajukan dalam sektor pelancongan dan ini dengan sendiri mampu menjana pendapatan rakyat di sini" jelas Jamawi.

Jamawi dan isteri disambut meriah oleh penduduk kampung sejurus tiba ke majlis tersebut

Pusat rekreasi air di kampung Kapulu yang berkonsepkan pusat pelancongan komuniti selain boleh mengwujudkan kerjasama dikalangan penduduk kampung dimana ianya diusahakan secara bersama ,keuntungan juga dapat mereka kongsi bersama dan turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menaruh keyakinan Pusat
Rekreasi Air Kampung Kapulu akan menjadi tumpuan orang ramai sebaik sahaja kerja kerja menaik taraf jalan ke Rundum Haighlands siapa dilaksanakan kelak,dimana kawasan tersebut akan menjadi persinggahan untuk beriadah selain membeli hasil hasil kraftangan yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Tambah Jamawi pelbagai infrastruktur awam akan diusahakan  bagi kemudahan pengunjung antaranya pembinaan jalan masuk utama berserta tempat meletak kenderaan, pembinaan  pondok pondok rehat tandas dan beberapa gerai jualan makanan dan hasil kraftangan.













0 ulasan:

Catat Ulasan