Ahad, 22 September 2019

PENDUDUK TAMAN PURI WARISAN SABAN HARI DISAJIKAN BAU YANG MELOYAKAN TEKAK

Keadaan pembentung najis yang penuh dan air dan bersama najis melimpah luah keluar


KOTA KINABALU :"Menjijikan dan memualkan" itulah antara ungkapan yang diluahkan oleh penduduk Taman Puri Warisan kampung Kelansanan apabila melihat keadaan pembentung najis yang melimpah ruah dan airnya bertekung terutamanya di Blok E dan H di kawasan perumahan ini.

Tinjauan yang dibuat bukan sahaja kumbahan najis melimpah ruah malah airnya bertekung di sekitar tempat meletakkan kenderaan dan sebahagiannya mengalir ke parit yang menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penduduk di kawasan ini.


Limpahan air kumbahan bulan sahaja baunya meloyakan tapi dibimbingi menjadi tempat pembiakan serangga membawa pelbagai penyakit.

Seorang penghuni di Blok E Rubiah Rusdi ketika ditemui keadaan pembentung najis di blok mereka sudah lama terbiar dengan limpahan air najis dan yang lebih menjijikkan berdekatan dengan gerai yang menjual makanan di kawasan tersebut.

"Kita berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk menangani perkara ini ,kami tidak sanggup melihat apalagi mencium saban hari bau najis yang menjijikan dan meloyakan tekak" katanya ketika di temui di sini.


Air kumbahan najis  melimpah ruah mengalir ke kawasan parit di Blok H Taman Puri Warisan.

Seorang lagi penduduk di Blok H Harun Hassan ketika ditemui berkata kejadian pembentung tersumbat sehingga mengalir keluar ke kawasan parit berhampiran bukanlah perkara baru malah ianya berlaku sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan dari pihak yang berkaitan.

" Keselesaan penghuni di kawasan ini memang terjejas saban hari terpaksa mencium bau najis kita berharap pihak yang berkaitan lebih cakna akan masalah ini" tegas Harun.

Tambah Harun bukan sahaja bau kumbahan najis ini meloyakan Tekek tapi boleh mendatangkan masalah lain terutamanya air yang bertakung dibimbangi menjadi tempat pembiakan serangga yang membawa pelbagai penyakit .

" Mewakili penduduk saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan menangani masalah ini daripada ianya berlarutan sehingga menjejaskan keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini" tegas Harun.

0 ulasan:

Catat Ulasan