Sabtu, 15 Disember 2018

SAMBUTAN PERAYAAN PELBAGAI KAUM DAN AGAMA KUNCI PERPADUAN: JAMAWI



Jamawi(tengah) bersama pengerusi pengerusi gereja DUN Kemabong dan penerima sumbangan sempana majlis tersebut
KEMABONG: Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di negara ini,berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ia adalah kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dalam mencapai kemajuan dan keharmonian

Jamawi berkata, menghormati budaya agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip rukun negara.

Beliau berkata perayaan perayaan terbesar yang disembut oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti sambutan Aidilfitri,Krismas,tahun baru cina dan deepavali adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum dari segi mempupuk keharmonian,keamanan dan perpaduan.

" Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara,oleh itu rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengukuhkan perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum sebagai contoh dalam sambutan Krismas kita boleh berkongsi untuk memeriahkanya dengan budaya kunjung mengunjungi " katanya ketika berucap di majlis penyampaian bantuan dan sumbangan untuk gereja gereja sempena sambutan Hari Krismas DUN Kemabong dekat sini kelmarin.
Jamawi ketika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pengerusi gereja sempana majlis tersebut.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kemabong Burnley Balang dan Pengerusi Pengerusi Gereja kawasan DUN Kemabong.

Sebanyak 89 buah gereja di kawasan DUN Kemabong menerima sumbangan tersebut .

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, rakyat khususnya di kawasan tersebut perlu terus komited memelihara keharmonian,keamanan dan perpaduan yang sudah sedia terjalin selama ini.

" Di Sabah kita boleh berkongsi perayaan melalui konsep rumah terbuka, budaya ini perlu kita pertahankan agar tidak dicemari  demhan elimin negetif yang cuba  dimainkan oleh segelintar pihak yang  cuba merosakkan keharmonian ini " katanya.

Menurut beliau usaha mengekalkan dan melestarikanya perlu di teruskan agar perpaduan terus terpelihara dan ini akan memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kebaikan rakyat.



0 ulasan:

Catat Ulasan