![]() |
| Ahli UMNO yang setia dan berprinsip jangan mudah dipengaruhi .Bung |
KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin meminta agar pemimpin dan ahli UMNO di seluruh bahagian di negeri ini, tidak terikut ikut atau menghadiri perjumpaan yang diadakan oleh Bekas Ketua Bahagian UMNO yang telah pun mengisytiharkan mereka keluar parti.
Katanya, ada kecenderungan bekas bekas Ketua Bahagian UMNO yang telah mengumumkan keluar parti mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan ahli ahli UMNO walhal mereka tidak berhak memanggil ahli ahli UMNO yang masih setia dalam perjuangan kerana mereka bukan lagi Ketua UMNO bahagian.
" Mereka (Ketua Bahagian yang keluar parti )mengadakan perjumpaan semata mata ingin mempengaruhi ahli ahli parti Umno untuk bersama dalam perjuangan mereka yang sepatutnya mereka perjelaskan kepada pemimpin dan ahli sebelum mereka mengambil keputusan keluar parti" jelas Bung dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO pemimpin dan ahli UMNO yang masih setia bersama parti seharusnya mengelak untuk menghadiri perjumpaan ini kerana mereka akan dipergunakan kedudulan sebagai bekas Ketua Bahagian UMNO untuk menjayakan agenda peribadi mereka
" Saya berharap pemimpin dan ahli UMNO yang masih setia dalam perjuangan parti ,tidak terjebak dengan perjumpaan seperti ini yang memperalatkan pemimpin dan ahli untuk menjayakan kepentingan peribadi" katanya.
Menurut Bung lagi dalam tempoh terdekat ini badan perhubungan UMNO Sabah akan mengadakan mesyuarat untuk menstruktur semula kedudukan UMNO di beberapa bahagian yang terlibat bagi menyusun semula pemangku ketua bahagian dan lain lain jawatan yang telah dikosongkan.
" Beri kami sedikit masa,insyallah bahagian bahagian yang terlibat akan kita struktur semula bagi membolehkan bahagian bahagian yang terlibat akan berfungsi seperti biasa bagi meneruskan agenda serta program yang dirancang oleh parti " katanya.
Sambil melahirkan keyakinan UMNO Sabah boleh bangkit semula untuk membawa perubahan kepada masyarakat Sabah ,Bung berharap ahli ahli UMNO yang setia perlu berpaggang kepada Perinsip perjuangan bagi mempastikan UMNO Sabah tidak akan terkubur.
" Sebagai ahli UMNO yang berprinsip kita perlu meneruskan kesetiaan kepada parti yang banyak berjasa bukan sahaja kepada ahli tapi kepada rakyat dan negara" jelas Bung







Saya amat berterimakaseh kpd datuk bung mokthar...selaku ketua perhubungan umno negeri sabah...saya selaku ketua cawangan umno kawasaan libaran terpinga pinga kemana harus dituju...tiba2 kbnykn mp dan adun letak jawatan tanpa pengetahuan kami...walaupun hanya setakat ktua cwangan...mahupun ahli selaku pengundi tegar party keramat umno...apapun kami mohon datuk bung mokhtar dapat mengusul...dan memberi khabar kpd kami yg setia dibawa kepimpinan datuk...terimakaseh
BalasPadam