![]() |
| Pasangan warga emas Aki Ukab Ampulas dan Aru Hanit di hadapan rumah baharu mereka di kampung Bakuku Kemabong |
KEMABONG: Sambutan Krismas tahun ini bagi pasangan suami isteri warga emas Aki Ukab Ampulas dan Aru Hanit dari kampung Bakuku Kemabong dekat sini lebih bermakna selepas menerima rumah baharu menggantikan kediaman lama mereka yang sudah usang dibawah bantuan rumah PPRT.
![]() |
| Imbas kembali semasa Jamawi berziarah ke rumah pasangan ini tidak dapat menahan sabak melihat keadaan rumah pasangan ini |
Jika sebelum ini mereka terpaksa berlindung di sebuah rumah usang situasi itu berubah sepenuhnya dengan rumah baharu yang lebih selesa dilengkapi dengan tiga bilik , dapur ,tandas dan kamar mandi.
Aki Ukab ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana Impianya untuk mendapatkan rumah baharu yang lebih selesa tercapai sekali gus menamatkan kebimbangannya selama ini terpaksa tinggal di sebuah rumah yang agak uzur.
![]() |
| Pasangan warga emas Aki Ukab dan Aru Hanit amat bersyukur dan berterima kasih kepada Jamawi atas kesungguhan membantu mereka |
" Saya berterima kasih kepada kerajaan terutamanya usaha serta kesungguhan wakil rakyat kami Jamawi Jaafar yang bersungguh membantu kami mendapatkan rumah baharu ini,
" Saya dan isteri yang berstatus warga emas dan tidak berkemampuan dan tidak ada perancangan kami untuk membina rumah baharu kerana ianya memerlukan kos yang tinggi " katanya.
Bagi isterinya Aru Hanit
jasa serta pengorbanan Jamawi yang sanggup turun padang dan berziarah kediamannya sebelum ini mengambarkan beliau ikhlas dan komited membantu mereka.
" Beliau (Jamawi) adalah seorang pemimpin yang benar benar berjiwa rakyat sanggup turun padang dan membantu kami mendapatkan kediaman yang lebih sempurna " jelas Aru.
Bagi Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pasangan ini wajar diberikan keutamaan untuk dibantu selain mereka adalah warga emas mereka juga mengalami masalah kesihatan dimana kedua duanya rabun penglihatan
" Saya berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Rina Harun yang telah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek ini bersama empat lagi pemohon lain di DUN Kemabong " katanya.
![]() |
| Rumah baharu pasangan warga emas Aki Ukab dan Aru Hanit lebih selesa menceriakan suasana sambutan Krismas tahun ini |
Menurut Jamawi rumah pasangan ini berjaya disiapkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan dan berharap ianya akan memberikan pengertian yang amat bermakna bagi pasangan warga emas ini tinggal di rumah baharu bagi menyembut sambutan Krismas tahun ini.
Mengulas permohonan projek PPRT yang lain di kawasan tersebut Jamawi berkata ,ianya akan terus disusuli keutamaan akan diberikan kepada kes seperti pasangan warga emas ini.
" Saya harap pemohon lain bersabar sementara menunggu kelulusan dari kerajaan ,kita akan terus usahakan mengikut keutamaan" katanya.
Selain itu tambah Jamawi selain bantuan rumah pasangan warga emas ini juga akan dipantau kebajikan mereka ,ini termasuklah bantuan dari. Jabatan kebajikan masyarakat untuk meringankan beban perbelanjaan mereka.










0 ulasan:
Catat Ulasan