Selasa, 4 Disember 2018

JAMAWI AJAK RAKYAT PERTAHANKAN PERPADUAN


Jamawi memotong riben bunting sebagai simbol perasmian majlis tersebut.


KEMABONG..Rakyat di negeri ini perlu berusaha memperkukuhkan  perpaduan kaum,meskipun terdapat pihak yang cuba memecah-belahkan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan Warisan akan berusaha untuk memastikan perpaduan yang dinikmati rakyat ketika ini akan terus dipertahankan.

Katanya pilihanraya telah berlalu ,rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan baharu yang diterajui parti Warisan,justeru fokas utama ketika ini ada membangunkan negeri disamping menjaga kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

" Sabah adalah ikon perpaduan kaum walaupun terdapat tidak kurang dari 37 suku kaum berlainan bangsa dan agama namun rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan hormat menghormati antara satu sama lain" katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sukan dan Permainan di kampung Sapong dekat sini baru baru ini.

Dihargai ,Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan majlis tersebut

Menurut Jamawi ada kecenderungan beberapa pihak yang berkepentingan cuba memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin ,namun majoriti  rakyat di negeri ini mahukan hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

" Kita ketepikan fahaman politik masing masing, sekarang masa untuk berkerja memajukan kawasan masing masing  agar tidak ketinggalan dari arus kemajuan perdana negara " katanya.

Mengulas program tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Penyokong Kelab Kerajaan berkata, ianya merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi menjalin hubungan harmoni dan kerja sama dalam komuniti setempat.

" Tanpa kerjasama erat dikalangan penduduk setempat sudah tentu program ini tidak akan dapat diadakan sepenuhnya,justeru perpaduan ini penting dipelihara dan dipertahankan yang mana ini juga memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk masyarakat setempat" katanya.

Hadir sama di majlis tersebut Pemimpin Pembangunan Masyarakat Negara.36 Kemabong Burnley Balang.

0 ulasan:

Catat Ulasan