Isnin, 3 Disember 2018

PRODUK BAHARU PELANCONGAN DI TENOM DAN KEMABONG


Mencabar .Jamawi mencuba berjalan di atas jambatan kaca salah satu tarikan di pusat pelancongan Yong Farmastay di kampung Pulong Tenom

TENOM: Pembukaan beberapa buah  pusat pelancongan yang diusahakan oleh penduduk setempat di daerah ini termasuk daerah kecil Kemabong menjadi pemangkin industri ini berkembang maju

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yakin
daerah ini termasuk daerah kecil Kemabong akan menjadi salah satu destinasi menarik di kawasan Pedalaman yang menjadi tumpuan pelancong untuk melawat ke daerah ini.

Katanya pembukaan dua lagi pusat pelancongan yang diusahakan penduduk kampung iaitu Yong Farmastay yang diusahakan oleh Yong Oi Kiong di kampung Pulong Tenom menjanjikan sesuatu yang menarik dimana pengujung boleh berjalan di atas jambatan  kaca seperti yang terdapat  di negara China selain beberapa aktiviti menarik disediakan dipusat pelancongan ini.

Titian gantung antara yang menarik disediakan di pusat pelancongan Yong Farmastay

Satu lagi tarikan baru pelancong di daerah Kemabong  ialah  Marais Centre ,di kampung Marais Kemabong.

" Pusat pelancongan yang diusahakan oleh komuniti kampung ini amat menarik, dimana ia turut menyediakan pakej pelancongan dengan pelbagai aktiviti antaranya berbasikal mengelilingi kampung samada perjalanan melalui sawah padi dan di kebun getah" katanya ketika ditemui selepas  melawat kedua dua pusat pelancongan yang baru dibuka baru baru ini.
Berbasikal mengelilingi sawah padi antara pakej pelancongan yang cukup menarik di Marais Centera

Selain itu di Marais Centre juga pengujung disediakan aktiviti aktiviti lain seperti aktiviti  kebudayaan Murut,pakaian dan makanan tempatan.

Menghargai usaha yang dilakukan oleh masyarakat di daerah ini, Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata komitmen masyarakat di daerah ini untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber ekonomi merupakan usaha positif dan beliau melahirkan perasaan optimis Tenom dan daerah Kecil Kemabong akan menjadi perhatian  pelancong tempatan dan dari luar negara akan melawat ke daerah ini.

Jamawi bersama penguasa Marais Centera

"Usaha komuniti setempat memajukan sektor ini selari dengan gagasan saya untuk menjadikan daerah ini khususnya Kemabong sebagai distensi pelancongan dan ini sekali gus dapat menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu beliau berharap penduduk kampung akan bersikap proaktif melihat perkembangan ini dengan merebut peluang yang ada yang tidak semestinya mengusahakan pusat pusat pelancongan tapi boleh menghasilkan produk produk pelancongan seperti kraftangan dan lain lain untuk dipasarkan kepada pelancong yang datang ke daerah ini.
Susana tenang dan santai di Marais Centera 


" Kita akan pakejkan  tempat tempat menarik  di kawasan  Tenom dan Kemabong ini untuk dilawati disamping  memberikan khidmat percutian yang lebih hebat dan menarik  di daerah Tenom dan Kemabong" katanya

Jamawi yakin apabila kerajaan dapat menambah baik sistem perhubungan jalanraya , komunikasi serta kemudahan asas yang lain industri pelancongan di daerah ini akan bergerak maju.




0 ulasan:

Catat Ulasan