![]() |
| Jamawi menandatangani plug sebagai simbol perasmian koperasi tersebut |
TENOM: Bagi menjana ekonomi dan meningkatkan ilmu keusahawanan di kalangan belia khususnya di daerah ini dan daerah kecil Kemabong ,sebuah koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Teraju Tenom Berhad yang dianggotai oleh golongan muda telah ditubuhkan.
![]() |
| Idea asal Jamawi kini berjaya direalisasikan |
Idea yang dicetuskan oleh Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar sebelum ini, berjaya direalisasikan dimana diawal penubuhan koperasi ini berjaya mengumpul lebih dari 50 orang ahli kalangan belia di daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong
![]() |
| Jamawi menyerahkan dana sebagai modal awal koperasi tersebut |
Menurut Jamawi ilmu keusahawanan yang dipelajari semasa bergiat dalam persatuan belia,dapat melahirkan lebih banyak usahawan muda sekali gus menjadikan mereka usahawan yang lebih berdaya maju.
" Penubuhan koperasi ini diharapkan dapat memacu bidang keusahawanan dan pelaburan yang dapat memberi manfaat kepada ahli (belia) menerusi peluang ekonomi" katanya ketika berucap merasmikan penubuhan Koperasi Teraju Tenom Berhad dekat sini kelmarin.
Jamawi berkata,penglibatan golongan belia dalam pelbagai bidang perniagaan di daerah ini mampu menggerakkan koperasi di kawasan ini
" Apa yang penting ialah komitmen dan kesanggupan menghadapi cabaran dalam bidang perniagaan dan pengurusan" katanya.
![]() |
| Jamawi memotong riben sebagai simbol perasmian koperasi tersebut |
Menurut beliau lagi persatuan belia perlu memanfaatkan berapa bantuan kerajaan seperti Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu belia melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan dan perniagaan
" Kita yakin dengan kepakaran pengurusan persatuan belia,suntikan pinjaman mahupun bantuan dari institusi institusi tertentu boleh mewujudkan pelbagai bentuk perniagaan dalam satu bumbung melalui koperasi ini" tambah Jamawi.
Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata penubuhan koperasi Teraju Tenom Berhad juga dapat mengurangkan pergantungan persatuan belia kepada peruntukan kerajaan .
" Antara projek yang boleh diceburi oleh koperasi ini termasuklah sektor pertanian,perladangan dan pelancongan"
Pada majlis tersebut Jamawi telah menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000.00 sebagai modal awal kepada koperasi ini memulakan perniagaan secara dalam talian "Kopi Tenom "/










0 ulasan:
Catat Ulasan