![]() |
| Langkah pertama kenal pesti ahli UMNO yang masih setia dalam perjuangan -Bung- |
KINABATANGAN : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata antara fokas pertama beliau setelah diberikan amanah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ialah mengenal pasi pemimpin bahagian,wanita,pemuda dan Puteri yang masih kekal dan setia bersama Umno.
Katanya,tindakan ini dilakukan bagi mencari pendekatan ke arah bagaimana memperkukuhkan bahagian bahagian Pemuda Wanita dan Puteri
"Dalam suasana sekarang saya pasti masih ada ahli UMNO yang keliru ,ada yang kata keluar dan tidak ada menafikannya ,jadi langkah pertama kita ialah mengenal pasti dahulu kedudukan bahagian bahagian Umno termasuk pemuda ,wanita dan Puteri di negeri ini" katanya secara eksklusif kepada protal Fikrah Maya Com di sini
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yakin masih ada ahli ahli UMNO yang masih keliru dalam setuasi ini kerana Mejoriti pemimpin yang keluar parti sebelum ini tidak membincangkan isu tersebut di peringkat cawangan dan bahagian menyebabkan kebanyakan ahli parti keliru walaupun mereka masih setia dalam perjuangan bersama Umno.
Tambah Bung proses mengenal pesti ini akan mengambil masa satu hingga dua minggu kemudian barulah barisan kepimpinan UMNO Sabah yang baru akan turun padang memberikan penerangan dan penjelasan kepada ahli di peringkat akar umbi .
" Saya yakin masih ramai ahli akar umbi yang masih setia bersama parti Umno" jelas Bung.
Diajukan soalan mengenai tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan Umno kepadanya untuk menerajui Umno Sabah Bung menyifatkan ia satu amanah yang berat tapi yakin untuk melaksanakanya dalam usaha memberikan keyakinan kepada ahli ahli Umno untuk terus berjuang.
"Menggalas tanggungjawab dan amanah ini walaupun saya rasa amat berat apa lagi dalam keadaan parti kalah semasa PRU ke 14 baru baru ini dan ditinggalkan oleh rakan rakan kita akan terus melangkah kehadapan atas nama prinsip perjuangan bersama Umno yang banyak berjasa kepada bangsa,agama dan negara" katanya.
Menurut Bung,beliau sempat berhubung dengan rakan rakan yang masih setia dengan Umno, mereka menzahirkan semangat yang tinggi untuk berkerjasama menggalas tanggungjawab untuk memperkasakan perjuangan Umno di Sabah.
" Masih ada 3-4 Ketua Bahagian yang tidak meninggalkan Umno,insyallah kami akan duduk berbincang mengatur strategi jentera Umno di semua peringkat "
Saya yakin Umno Sabah boleh bangkit semula untuk membawa arus perubahan kepada masyarakat Sabah khususnya ahli ahli Umno" jelas Bung.
Mengulas tindakan rakan rakan yang meninggalkan Umno Bung berkata walaupun sedih namun bak kata orang kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan.
" Kita menghormati keputusan mereka ,UMNO insyallah kawan tatap kawan,lawan tetap lawan kita akan terus mempastikan UMNO masih ada peluang untukrlbawa arus perubahan di negeri Sabah " katanya.







0 ulasan:
Catat Ulasan