Isnin, 3 Disember 2018

UMAT ISLAM WAJAR JIWAI AL QURAN:ABDUL RAHMAN

Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada Abdul Ghani Haji Awang Tanga Yang menjadi johan Qari majlis tilawah tersebut


KUALA PENYU: Umat Islam diajak agar kembali menjiwai pengisian al-Quran dalam kehidupan bagi melahirkan  generasi unggul atau dikenali generasi al-Quran

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata, selagi penghayatan al-Quran tidak diterapkan dalam kehidupan Umat Islam selagi itulah umat Islam akan terus ditindas.
Johan bahagian Qariah Latifah Hj Awang Tanga menerima hadiah dari Abdul Rahman semasa majlis tersebut


"Apa yang menyedihkan dewasa ini kecermalangan dan ketamadunan yang dipelopori umat islam masa lampau  kini hanya menjadi catatan sejarah yang hanya memenuhi khazanah pustaka  seolah tiada kesinambungan yany dapat diwarisi oleh unat islam" katanya ketika berucap merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat zon Pekan di Masjid  Pekan Kuala Penyu.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Ustaz Mail Tahir dan Pengerusi Masjid Pekan Kuala Penyu Ali Hassan Ibrahim.

Abdul Rahman (duduk dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjur majlis

Menurut Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitul Maal Sabah ketika dunia barat yang bermula dengan kemunduran kini  sudah mendaki puncak komdenan sebaliknya ber beza dengan tamaddun islam yang dulu cemerlang kini semakin suram.

" Umat Islam asyik bergelumong dengan konflik perbelahan sesama sendiri tidak memelihara semangat maufakat lebih bersifat individulistik dan menjauhkan diri dari ajaran al-Quran yang meletakkan umat Islam lemah dan ketinggalan dalam semua segi kehidupan" katanya.
Abdul Rahman menerima cendra kenangan dari pengerusi penganjur Ustaz Mail Tahir selepas merasmikan majlis tersebutm

Sehubungan dengan itu Abdul Rahman mengajak umat Islam bukan sahaja mengimarahkan bacaan al quran namun dalam masa yang sama turut menghayati dan mengamalkan apa yang terkandong dalam kitab suci tersebut.

Menurut Abdul Rahman lagi kecermalangan tidak akan mampu diraih melainkan dengan panduan al-Quran sehubungan dengan itu menurut beliau kerajaan  sentiasa memartabatkan syiar islam dan al-Quran  melalui pelbagai program keagamaan antaranya penganjuran majlis tilawah al -Quran.

Semantara itu  Abdul Ghani Haji Awang Tanga muncul sebagai Johan Qari dan Latifah Haji Wang Tanga dinobatkan sebagai johan dalam bahagian Qariah.

Dalam bahagian kanak-kanak pula  Mohd Syahir Hafdudin muncul sebagai johan qari sementara johan qariah disandang oleh  Afza Abdul Ghani.


0 ulasan:

Catat Ulasan